Friday 30 November 2012

Segala sesuatu yang lahir dari haram, maka ia juga haram

Ada suatu kejadian yang berlaku petang semalam, ketika aku pulang ke rumah dengan keadaan yang sangat letih. Berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus kayuhan basikal telah ku harungi. Peluh-peluhku telah membasahi baju. Tidak ada yang terbayang di pikiranku kecuali bayangan katil dengan bantal yang empuk. Sangat nikmat jika setelah ini langsung landing ke katil dan berehat sebentar. Tapi setelah teringat bahwa tidur ketika waktu petang adalah dibenci oleh Rasulullah s.a.w, akhirnya aku berniat untuk berbaring sahaja.Tiba-tiba ketika masuk ke bilikku, aku terlihat ada yang telah rebah di katilku dengan nyenyak sekali, tak sampai hatiku untuk membangunkannya......


Friday 23 November 2012

Fenomena Akhwat Facebook


Tulisan ini diambil dari laman web islamiconline.com dalam bahasa indonesia dan telah diterjemahkan olehku ke bahasa melayu. Tidak bermaksud untuk ditujukan ke siapa-siapa dan tidak juga untuk menyindir mana-mana belah pihak sekalipun, tetapi untuk direnungkan bersama dan diambil pengajarannya. Semoga dapat mengambil apa yang baik dan ditinggalkan apa yang buruk. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari manusia yang penuh dengan kesilapan.


FENOMENA AKHWAT DI FACEBOOK

"Ada FB tak?"

"Tak ada la. Tapi ada blog".

Tak berapa lama kemudian.

Untuk Calon SPM Yang Terdesak

Hari ini seperti biasa, setelah kelas menghafal Al-Quran untuk hafalan baru dan mingguan. Mesti kawan-kawan aku yang akan menduduki spm akan banyak bertanya kepadaku tentang pelajaran yang akan diuji nanti, terutamanya pelajaran bahasa arab. Kalau sebelum ini mereka hanya minta tolong untuk mencarikan contoh soalan ramalan spm atau contoh soalan percubaan. Kalau yang ini memang sudah biasa sebab pelajar-pelajar di Ma'had Tahfiz ini tidak disediakan komputer. Kadang-kadang juga diminta untuk menerangkan apa yang mereka tidak faham dari pertanyaan dan jawapan. Apalagi aku memang terbiasa dan suka untuk mengajar dan berbahagi ilmu kerana ketika di Gontor dulu memang dilatih untuk berkorban apa-apa pun. Sehingga muncul kata "Bondo Bahu Pikir Lek Perlu Sak Nyawane Dipisan" yang bermaksud " Harta, Kekuatan, Fikiran dan jika perlu nyawa juga dikorbankan".

Semalam kawan baik aku yang akan menduduki spm datang kepadaku dengan membawa 3 helai kertas folia. Dia meminta tolong kepadaku untuk mengarangkan karangan dalam bahasa arab dengan tajuk "الاجتهاد أساس النجاح" " Bersungguh-sungguh adalah tangga kejayaan".  Disebabkan dia menginginkan karangan itu jadi dengan segera. Akupun terus menulisnya semampunya dengan kosa-kosa kata yang ada di benakku ketika itu. Kawan aku ini memang pandai dan rajin. Boleh dikatakan dia adalah pelajar teladanlah di sekolah tahfiz ini sebab dapat menghafal 30 juzuk Al-Qur'an dalam hanya 2 tahun. Apalagi hafalannya sudah banyak kali diulang-ulang sehingga betul-betul hafal.

Tapi apa yang terjadi pagi tadi lain dari sebelum-sebelumnya.

Thursday 22 November 2012

Puasa Tasua' dan Asyura'

Alhamdulillah. Sekarang kita sudah berada di bulan Muharram 1434H. Di bulan ini, kita disunatkan untuk berpuasa sunah Tasua' dan Asyura.

Mengapa kita berpuasa pada hari Asyura?
Apakah hikmah disunatkan puasa 9 Muharram?

Mengapa kita berpuasa pada hari Asyura?
Sewaktu Nabi s.a.w berhijrah ke Mdinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi pada hari Asyura.
Lalu Rasulullah bertanya:
" Berpuasa apakah kamu ini?"
Jawab mereka,
"Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Fir'aun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana ini kami pun berpuasa."
Sabda Nabi s.a.w:
"Kamilah yang lebih berhak mengikuti jejak Nabi Musa daripada kamu"
Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu(Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)

Disunatkan berpuasa 9 Muharram(Tasua') bersama dengan 10(Asyura).
Daripada Ibnu Abbas berkata: "Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; "Ya Rasulullah sesungguhnya ia adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasrani. Nabi bersabda; "Maka jika tahun akan dating insya Allah kita akan berpuasa Tasua'(9 Muharram)". Ibnu Abbas berkata; " Maka belum sempat dating tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat". Hadis riwayat Muslim(1916).
Imam Syafie, Ahmad, Ishak dan lain-lainnya berkata;" Disunatkan berpuasa Tasua' dan Asyura bersama kerana Nabi berpuasa pada 10 Muharam dan telah berniat untuk berpuasa 9 Muharam". Atas dasar ini maka berpuasa Asyura ada tingkatannya; yang paling kurannya ialah berpuasa pada hari Asyura sahaja, lebih baik daripada itu ialah berpuasa 9 dan 10 Muharram. dan setiap kali bertambahnya puasa pada bulan Muharram maka ianya adalah lebih baik dan afhal.

Hikmah disunatkan puasa 9 Muharam;
Imam An-Nawawi berkata;" Para ulama dikalangan Sahabat kami(Syafieyyah) dan selain mereka menyatakan tentang hikmah berpuasa Tasua'(9 Muharram) dengan beberapa wajah;
1)Ianya adalah bertujuan menyalahi Yahudi(tidak sama dengan mereka) ketika hanya berpuasa Asyura sahaja.
2)Adalah bertujuan menyambung puasa Asyura dengan puasa seperti larangan Nabi berpuasa pada hari Jumaat semata-mata. Ini disebutkan oleh Al-Khattobi dan ulama-ulama lain.
3)Sebagai langkah berjaga-jaga ketika kita berpuasa Asyura, yang mungkin ditakuti kurang sehari anak bulan. Maka akan berlaku kesilapan hari ketika berpuasa. Maka boleh jadi puasa 9 Muharram itu adalah yang sebenarnya 10 Muharram".
Akan tetapi wajah yang paling kuat adalah yg pertama. Syeikh Islam Ibu Taimiyyah menyatakan; "Nabi Muhammad s.a.w telah melarang daripada menyerupai Ahli Kitab dalam hadis-hadis Baginda yang banyak seperti dalam sabda Baginda tentang Asyura;
" Jika aku hidup pada tahun hadapan maka aku pasti berpuasa Tasua'. Al-Majmuk al-Kubra.
Daripada Ibu Abbas beliau berkata; "Telah berkata Nabi Muhammad; "Berpuasalah pada hari Asyura dan selisihilah Yahudi( jangan menyerupainya), berpuasalah sebelum sehari ataupun selepasnya sehari". Hadis riwayat Ahmad (1/241) ibnu Huzaimah(2095) dan Al-Baihaqi.

Apakah hukum berpuasa Assyura sahaja?
Syeikhul Islam berkata; "Berpuasa pada hari Assyura adalah kaffarah(pengampunan) setahun dan tidak dimakruhkan mengifradkannya dengan puasa asyura sahaja. Al-Fatawa al-Kubra.
Ibnu Hajar Al-Haithami dalam Tuhfatul Muhtaj bab puasa sunat berkata; "Dan puasa Assyura tidak mengapa berpuasa pada hari itu sahaja".
Marilah kita bersama-sama puasa sunah Tasua' dan Asyura pada bulan Muharram ini. Jangan lepaskan peluang yang hanya datang setahun sekali ini. Semoga dosa-dosa yang telah kita lakukan diampuni oleh Allah s.w.t.

Tuesday 20 November 2012

Kadang-Kadang Kita Tertanya...

Kenapa orang-orang kafir malah diberikan kenikmatan oleh Allah s.w.t ?
Kenapa negara-negara barat lebih maju daripada kita, padahal mereka tu menyekutukan Allah s.w.t?
Kenapa orang-orang bukan islam hidup mewah sedangkan kita orang-orang islam hidup merana? Apa ini yang dikatakan adil?
Kenapa Allah memberikan ketenangan kepada orang kafir? Kenapa Allah tak tolong kita sebagai hamba yang taat kepada-Nya?



Saturday 17 November 2012

Ceramah Ust Amran Syariff dan Ust Ahmad Dusuki

Alhamdulillah jadwal hari ini memang padat dengan perkara-perkara yang baik. Pagi-pagi lagi sudah masuk ke kelas mengambil lesen motor dan kereta utk bahagian 1. Tapi yang mengecewakan adalah waktu rehatnya lebih lama dari masuk kelas. Padahal semua yang datang dah semangat untuk mengambil ilmu-ilmu yang  akan diberikan. Seperti yang tertulis, kelas akan berlangsung selama 6 jam seperti yang ditetapkan oleh JPJ. Tapi yang terjadi datang pukul 9, tapi mula pukul 10 pagi. Dari pukul 10-11 pagi, diterangkan tentang lesen L dan apa masalah-masalah yang selalu terjadi bagi pemegang lesen L. pukul 11 sampai pukul 12 adalah waktu rehat. Pukul 12 sampai pukul 12.30 tengah hari pula diisi oleh seorang pengajar yang tak buat persiapan apa-apa pun. Cuma menceritakan pengalaman peribadinya saja tentang penunggang motosikal. Setelah tu dia kata rehat sampai pukul 2.30 petang. Tapi mula kelas pukul 3.45 petang pula dan habis dalam pukul 4 petang. Lebih penat rehat daripada belajar.
10.00-11.00  : kelas bermula
11.00-12.00  : Rehat
12.00-12.30  : kelas kedua
12.30-15.45  : Rehat
15.45-16.00  : kelas ketiga

kelas : 1 jam 45 minit
rehat : 4 jam 15 minit
total  : 6 jam
Padahal seperti yang ditetapkan JPJ, calon haruslah mengikuti kelas Amali selama 6 jam. Waktu nak tunggu cikgu datang pun sampai semua tertidur atas kerusi. Ada seorang nenek pun dah tak tahan lama-lama. Tak tau la kenapa, mungkin cikgu ingat kita ini suka kalau banyak rehat daripada kelas. Padahal sebenarnya kita nak ilmu dia. Tak perlulah saya sebut istitute memandunya. Semoga dapat memperbaiki service nya.
Apalagi time rehat yang pertama, hujan turun dengan lebat sangat. Jam dah menunjukkan pukul 11.45 iaitu waktu untuk mula kelas kedua. Akhirnya disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk belajar, terpaksalah meredah hujan yang lebat dari tempat makan ke kelas sejauh lebih kurang 500 meter. Tiba-tiba tersalah lari, kaki pula terkepak yg menyebabkan kaki terseliuh. Rasanya memang sangat sakit ketika berjalan. Mungkin ada hikmah di sebalik kesakitan ini. Mungkin Allah hendak menguji keimanan dan kesungguhan.
Ceramah Ust Amran Syariff( Bollywood) dan Ust Dusuki


Kuliah Istimewa 2 dalam 1

Kalau yang ini, Rally Ilmu II yang akan diadakan minggu depan.
Rally Ilmu sehari semalam, dari qiamullail sampai malam non stop 
 Aku lambat tiba di Masjid Arriduan kerana aku berjalan terjengket-jengket kesakitan di kaki. Ketika sampai di masjid, ust Amran sudah mula berceramah. Jemaah memenuhi setengah masjid saja tidak seperti kalau Ust Azhar Idrus yang datang. Minggu depan Ust Azhar Idrus akan datang ke Masjid Arriduan pada hari Ahad tanggal 25 November 2012. Nanti mesti satu masjid akan penuh dan di depan masjid mesti ada pasar dah macam pasar malam.

Point-point penting dalam ceramah ust Amaran dan Ust Dusuki:-
Ust Amran Syariff



  • Fahamilah Al-Qur'an dan jangan hanya membaca saja tanpa memehaminya, berapa kali kita baca Yaasin dan adakan kita memahaminya??
  • Fahamilah apa yang kita minta ketika doa. Macam mana nak dikabulkan doanya kalau tak paham apa yang kita minta?
  • 3 cara nak buat hati jadi lembut:
           1. Baca Al-Qur'an
           2. Mengikuti Majlis Ilmu
           3. Solat di sepertiga malam
  • Jangan ambil sebagian dari alquran dan tinggalkan sebahagiannya lagi
  • Jangan berlebih-lebihan dlm kebaikan sehingga yang halal menjadi haram. Seperti memakai tudung, mengikut fesyen sekarang yang malah menampakkan bagian dada.
  • Jangan mempertahankan adat-adat lama yang tak betul dan syirik. Seperti dilarang membeli pakaian anak yang dalam kandungan kalau belum lebih 4 bulan.
  • Jangan menyusahkan diri dalam perkara sunat. Seperti ketika sholat jemaah, imam tak ada dan akhirnya ma'mum pun pening kepala siapa yang akan jadi imam. Bukannya susah untuk jadi imam walaupun dengan membaca surah-surah yang pendek.
Ust Ahmad Dusuki

  • Jangan anggap islam itu hanya dengan melaksanakan rukun islam iaitu sholat, zakat, puasa dan lain-lain.
  • 3 perkara yang harus ada dlm orang yang nak berhijrah:-
         1. Ilmu
         2.Kemauan
         3. Diberi sokongan oleh orang lain
  • Kisah Julaibib

Friday 16 November 2012

Tahun baru, Semangat baru, Perubahan harus berlaku

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena tahun baru hijriah 1434 H yang bertepatan dengan 15 November 2012. Aku berhasil membuat blog ini untuk aku kongsikan bersama ilmu-ilmu yang telah aku dapatkan selama aku hidup di muka bumi ini. Sebelum membuat blog ini, apa yang terpendam, apa yang terlintas di dalam hati tu dan apa yang di fikirkan di dalam otakku ini, insya Allah akan ku kongsikan bersama untuk kita ambil manfaat, iktibar dan pengajaran darinya.

Thursday 15 November 2012

Hidup itu Seperti Roda Yang Berputar

" Hidup itu seperti roda yang berputar "

Mungkin kita selalu mendengar pepatah ini dari orang yang memotivasikan kita apabila kita sedang mendapat sesuatu musibah atau bencana. Kenapa hidup ini dikatakan seperti roda yang berputar? Apa kaitannya hidup dengan roda yang berputar?