Tuesday 21 January 2014

Kekosongan adalah MAFSADAH (PEROSAK)

الحمد لله والشكر لله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Alhamdulillah, wassyukru lillah, wala hawla wala quwwata illa billahil a'liyyil azim,
Sekian lama berniat untuk menulis sesuatu di blog ini, akhirnya terpenuhi juga hari ini. Telah berlalu seminggu lebih hari-hari cuti semester ku ini. Setelah berehat selama lebih kurang seminggu ini, tiba-tiba tersedar kembali dengan banyaknya tanggungjawab dan perkara yang harus aku lakukan cuti ini. Cepat-cepat bermuhasabah dan menyusun satu-satu pekerjaan yang perlu dilakukan sebelum berakhirnya cuti semester ini. Ada pepatah arab yang berbunyi:
أعمالنا أكثر من أوقاتنا
"Perkerjaan kita sebenarnya lebih banyak dari waktu yang kita ada"




Jadi tidak benarlah jika seseorang itu mengatakan bahwa dia merasa bosan kerana dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. BUKAN dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, tetapi dia sendiri yang tidak mahu mencari pekerjaan. Waktunya banyak dihabiskan dengan game, menonton movie dan melayari internet sahaja. Tanggungjawabnya sebagai pelajar mungkin sedang " break" atau cuti, tetapi dia lupa bahwa tanggungjawab yang lebih berat sedang menanti iaitu tanggungjawab sebagai anak di dalam keluarga, tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain dan lain sebagainya. 




Seperti yang aku rasakan dulu di Gontor, ketika aku form 6 di sana. Setelah selesai peperiksaan pertengahan tahun, para asatidz banyak memberi nasihat dan mengatakan,

"Ujian pertengahan tahun sudah berlalu, tetapi ujian akhir tahun menanti kalian nanti. Persiapan untuk peperiksaan nanti perlulah dibuat dari sekarang. Itu lah ujian yang terbesar dan TERAKHIR untuk kalian di sini"
 

Apabila ujian akhir tahun berlalu, para asatidz yang sama memberikan motivasi lagi,
"Ujian akhir tahun sudah berlalu, tahniah kami ucapkan kepada kalian semua. Tapi ingat, sesungguhnya setelah ini kalian semua akan ditugaskan untuk membantu para asatidz untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan pondok. Maka itu adalah ujian yang TERAKHIR untuk kalian sebelum kalian semua bergelar ustadz di sini"

Akhirnya kita semua bersemangat membantu pondok dalam segala hal. Membersih persekitaran pondok, menjaga kedai-kedai, mengawal peperiksaan untuk adik-adik kelas dan lain-lain. 


Apabila tiba hari pertama kami semua mula bergelar asatidz di sana, para pembimbing memberikan kata-kata semangat lagi,

"Kalian semua sudah berjaya menempuh ujian sebagai seorang santri di Gontor, maka sekarang kalian akan diuji sekali lagi untuk berkhidmat di sini. Maka inilah ujian TERAKHIR bagi kalian sebelum kalian pulang ke tanah air kalian masing-masing untuk berkhidmat di masyarakat"


Begitulah cerita aku dulu di Gontor. Para musyrif selalu memberi kami motivasi agar kami sentiasa bersemangat menjalani satu demi satu ujian yang mendatang. Setiap kali ujian yang mendatang, mereka mengatakan itu adalah ujian yang terakhir bagi kami. Padahal hakikatnya yang namanya ujian tidak ada noktah nya. 

اعمل لدنياك كأنك تعيش عبدا ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

"Berbuatlah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya, dan berbuatlah untuk akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok hari"

Hidup ini adalah ujian bagi kita semua. الدنيا دار الامتحانات. Apakah kita berjaya atau pun gagal dengan ujian yang diberi. Tiada istilah rehat dalam hidup ini sebenarnya kerana rehat yang sebenar-benarnya bagi kita adalah ketika kita di Syurga nanti. Maka berbuatlah sebanyak-banyaknya selagi mana kita masih hidup. 


Ceritanya aku terfikir untuk membuat tulisan ini bermula ketika aku sedang sibuk-sibuknya membuat persediaan untuk menghadapi Final Exam  untuk semester pertama ini, ada seorang sahabatku berbual-bual denganku tentang berapa credit hour kah akan diambil ketika semester akan datang. Pada pendapat dia, lebih baik ambil sedikit CH(Credit Hour) kerana sedikit CH pun sangat susah untuk kuasai dan membagi waktu. Padahal aku yakin bahwa jika dia mengambil sedikit CH, pasti banyak waktu kosong yang dia ada. Kalau pendapat aku, aku lebih suka untuk mengambil banyak CH. Kenapa? Maka aku katakan padanya walaupun dia tidak bertanya,




"Tahu tak kenapa ambik banyak subject tu best?
Bila ambik banyak subjek --> banyak belajar --> makin tension --> tambah dewasa --> makin sibuk --> takda waktu kosong --> kurang maksiat --> hidup tenang. "


Yupss.... itu lah jawapannya. Tengiang-ngiang di fikirannya setelah aku utarakan kata-kata itu. Itu lah jawapan yang dapat aku berikan yang mana datangnya dari hatiku yang paling dalam. Ketika aku sedang sibuk sangat sangat (ada ta'kid) dalam belajar, maka pastinya aku akan tension. Tension adalah suatu yang biasa bagi seorang mahasiswa di perguruan tinggi. Barangsiapa yang tidak tension, maka pasti dia tidak serius dalam belajar. Dalam waktu yang sama, ia akan menyebabkan kita tidak ada waktu kosong yang mana waktu kosong itu sangat lah BERBAHAYA bagi seorang mahasiswa. Percayalah kata-kataku ini. Waktu kosong itu boleh diistilahkan Mafsadah iaitu Perosak bagi seseorang. Kerana apa? kerana dalam waktu kosong inilah seseorang itu akan dibisikkan oleh Syaitan untuk membuat apa-apa maksiat yang boleh dibuat ketika itu. Itulah Syaitan dan itulah tugas atau janji Syaitan terhadap cucu-cicit Adam a.s. Apa perlu kita buat? Tugas kita adalah mengisi waktu kita sebaik-baiknya sehingga tidak ada waktu kosong yang tinggal atau tersisa. Salah satu usaha atau caranya adalah dengan mengambil CH sebanyak-banyaknya lah... hehe ;). Ada yang kata awal-awal ini kita tak perlu ambil banyak-banyak, takutnya nanti kita tak terbiasa lagi. Hakikatnya tidak, bahkan kita perlu bersusah-susah dahulu sebelum memetik buahnya di akhir nanti.

إن الشباب والفراغ والجدة مفسدة للمرء أي مفسدة

Innasyababa wal faroqo wal jidata mafsadatun lilmar'i ayya mafsadah
"Sesungguhnya pemuda, waktu kosong dan harta itu adalah PEROSAK bagi seseorang, di dalam apa-apa kerosakan pun"




Apabila hidup kita jauh dari maksiat, dekat dengan Sang Pencipta, Allah s.w.t., walhasil hidup kita akan sentiasa tenang dan sedia untuk mati bilamana Allah takdirkan nyawa kita diambil. Wallahu A'lam.

أوصيكم وإياي نفسي بتقوي الله

oleh:
#Hambamu yang penuh dengan dosa ini
#Mengharapkan pengampunan dari-Mu

12.30 A.M., Wednesday, 22/01/14