Thursday 20 December 2012

Menjejaki Gua Tempurung

Setelah melawat ke Istana Kellie, kami terus bertolak ke destinasi terakhir yaitu Gua Tempurung.


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung di Gopeng, Perak

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentukstalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Mengeratkan hubungan sesama kawan

Setelah hampir dua minggu tak menulis, akhirnya hari ini berazam utk menulis sesuatu. Lebih baik lambat daripada yang tak buat sama sekali. Seperti yang tertulis di title post ini, minggu ini memang penuh dengan program-program utk mengeratkan hubungan sesama kawan lama dan kawan baru. Kawan-kawan lama yang dulu berjuang bersama-sama di Pondok Modern Darussalam Gontor dan kawan-kawan baru yang sekarang sedang berjuang bersama-sama menghafal Al-Qur'an di Maahad Tahfz Masjid Arriduan.
Sebenarnya kalau nak title yang lebih singkat dan padat adalah "Jalan-jalan".

Hari sabtu yang lalu pada tanggal 15 Desember 2012, aku dan kawan-kawan Gontor seangkatan bercadang utk berjalan-jalan di sekitar Ipoh, Perak. Walaupun sebenarnya kampungku terletak di Perak yaitu Taiping dan Changkat Jering, tapi yang kesiannya aku belum  pergi ke semua lokasi yang terkenal di sini.

Cerita bermula di rumah salah seorang dari peserta trip di Gombak. Kami semua berjumlah 4 orang yaitu aku sendiri, Asraf, Ibnu Hajar dan Azizan. Kami mula bertolak ke Lost World of Tambun pada pukul 8 pagi dan sampai sekitar jam 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang musibah.

Di bawah ini, aku sertakan bukti-bukti jejak kami ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak: