Sunday 26 May 2013

Weekend yang bererti

Alhamdulillah. pada pukul 10:53 p.m, hari ahad 26 Mei 2013 ini, dengan izin Allah s.w.t. aku berjaya untuk menulis sesuatu di blog yang dah berhabuk ini. Setelah sekian lama tak update apa-apa berita mahupun sharing disebabkan banyak halangan dan rintangan yang melanda. Di samping kesibukan yang berpanjangan walaupun hanya duduk di rumah. Rasa berdosa juga dalam diri kerana tidak menghasilkan apa-apa tulisan, kerana seseorang itu hidup kalau dia menulis.

Jujur aku katakan, masalah-masalah yang datang menimpaku sejak dari belajar di negeri seberang sampailah sekarang berada di rumah. Masalah-masalah yang datang ketikaku duduk dirumah tidak kalah banyak berbanding di Gontor dulu. Kalau masalah-masalah di Gontor lebih kepada masalah student-student yang susah untuk diatur dan dididik, masalah kekurangan waktu belajar dengan subject yang berpuluh-puluh, masalah-masalah dengan pengurus-pengurus asrama yang sangat prihatin dengan anak-anak didiknya. Tapi masalah yang aku timpa di rumah lebih kepada masalah hati yang mana kalau tersakiti, sangat membekas di hati, masalah dalam membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan di rumah dan banyak lagi yang tak perlu diungkapkan.

Saturday 25 May 2013

Tafsir Al-Fatihah by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Tafsir Al fatihah 
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.
 Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.
 Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.
Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.