Wednesday, 11 September 2013

Bismillah, Bermula Hidup Sebagai Mahasiswa "TAJDIDUN NIYYAH"

International Islamic University Malaysia
IIUM Main Campus
Segala puji bagi Allah, yang telah membuka hatiku untuk kembali menulis sesuatu di blog ku ini. Sebenarnya diri rasa sangat berdosa kerana lama tidak menghasilkan sebarang tulisan di sini. Ya Allah, ampunkanlah daku atas segala dosa-dosa yang telah ku buat secara terang-terangan maupun tersembunyi, secara sengaja maupun tidak sengaja. Tapi in sha Allah, aku akan mula untuk rajin menulis bermula sekarang.

"TAJDIDUN NIYYAH"

 Itulah yang selalu dilafazkan oleh para ustadz dan senior ku di Gontor dahulu. Dalam apa-apa perkara sekalipun, kita perlu menitikberatkan dalam perkara niat. Ini dikeranakan niat akan menentukan bagaimana hasil sebuah pekerjaan itu. Adakah ia berlandaskan "Lillahi Ta'ala" atau hanya kepentingan duniawi sahaja. Malanglah bagi sesiapa yang melakukan suatu pekerjaan hanya berlandaskan kepentingan duniawi sahaja. Jida kita niat melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t semata-mata, maka kita akan mendapatkan hasil dan manfaat untuk dunia dan akhirat. Tetapi barangsiapa yang melakukan sesuatu hanya kerana kepentingan dunia, maka kita mungkin hanya akan mendapat manfaat di dunia sahaja. Apakah bermakna balasan yang kita dapat di dunia ini? Sesungguhnya balasan akhirat lebih bermakna daripada balasan di dunia.

Di akhirat kelak, satu ganjaran pahala sahaja sangatlah bermakna dan boleh menjadikan kita kaya. Begitu juga sebaliknya, dengan satu dosa boleh menjadi sebab kita masuk ke dalam neraka. Wa Na'uzubillahi min zalik.

Kadang-kadang, niat kita boleh berubah dan terpesong dari tujuan sebenar. Itu adalah sesuatu yang mungkin boleh terjadi kerana kita sebagai seorang manusia yang penuh dengan kesilapan. Tetapi yang perlu dititikberatkan di sini adalah, adakah kita memperbaiki niat kita dengan segera atau tidak? Segeralah memperbaharui niat kita jika ia masih terpesong jauh dari tujuan utama.

كل بني آدم خطاء فخير خطائين التوابون
"Setiap anak Adam ada kesilapan, tapi sebaik-baik kesilapan adalah Taubat"

Dr Ala'a Hosni, salah satu pensyarahku di UIA berpesan, "Setiap kali kalian semua masuk ke dalam kelas ini, maka lafazkanlah Astagfirullah al-Azim, Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Semoga Allah mempermudah kalian dalam memahami pelajaran yang akan saya sampaikan di dalam kelas nanti".

Semoga Allah sentiasa menjadikan kita dari orang-orang yang diterima taubatnya walaupun kita seringkali mengulang kesilapan yang sama. Semoga Allah sentiasa menjadikan kita dari orang-orang yang sentiasa memperbaiki dan memperbaharui niat walaupun kita seringkali leka.

12.14 AM, Thursday, 12 of September 2013

Sunday, 26 May 2013

Weekend yang bererti

Alhamdulillah. pada pukul 10:53 p.m, hari ahad 26 Mei 2013 ini, dengan izin Allah s.w.t. aku berjaya untuk menulis sesuatu di blog yang dah berhabuk ini. Setelah sekian lama tak update apa-apa berita mahupun sharing disebabkan banyak halangan dan rintangan yang melanda. Di samping kesibukan yang berpanjangan walaupun hanya duduk di rumah. Rasa berdosa juga dalam diri kerana tidak menghasilkan apa-apa tulisan, kerana seseorang itu hidup kalau dia menulis.

Jujur aku katakan, masalah-masalah yang datang menimpaku sejak dari belajar di negeri seberang sampailah sekarang berada di rumah. Masalah-masalah yang datang ketikaku duduk dirumah tidak kalah banyak berbanding di Gontor dulu. Kalau masalah-masalah di Gontor lebih kepada masalah student-student yang susah untuk diatur dan dididik, masalah kekurangan waktu belajar dengan subject yang berpuluh-puluh, masalah-masalah dengan pengurus-pengurus asrama yang sangat prihatin dengan anak-anak didiknya. Tapi masalah yang aku timpa di rumah lebih kepada masalah hati yang mana kalau tersakiti, sangat membekas di hati, masalah dalam membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan di rumah dan banyak lagi yang tak perlu diungkapkan.

Saturday, 25 May 2013

Tafsir Al-Fatihah by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Tafsir Al fatihah 
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.
 Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.
 Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.
Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.
 

Sunday, 17 February 2013

Kekufuran yang selalu kita lakukan tanpa disedari

Kenapa kita melihat diri kita lebih baik dari orang lain?

Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kpd Allah. Jangan kita melihat orang yang berdosa atau orang yang melakukan kemaksiatan dengan pandangan penghinaan. Itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya bagi diri kita. Pandangan sebegini adalah yang dilarang kerana ia akan memberi kesan pada hati dan akan menzalimi hati disebabkan oleh pandangan sedemikian. Menyebabkan hati kita menjadi gelap disebabkan perbuatan kita ini

Ada suatu kisah tentang dua orang kaum bani israil. Salah seorang dari mereka adalah seorang pemuda dari bani israil iaitu seorang abid yang selama 500 tahun hanya beribadah sahaja kepada Allah dan seorang fasik dari bani israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah. Seorang ini datang dari satu arah dan seorang yang lain pula datang dari arah yang lain.

Saturday, 16 February 2013

Nak bercinta???

Memang manusia tak pernah puas dan tak akan pernah puas dgn apa yg dimilikinya. Terlalu mengikut pilihan hawa nafsu tanpa menghiraukan perasaan sesiapa .

Ada pepatah arab yang berbunyi:

ﺇﺫﺍ ﺃﻧﺖ ﺫﺍ ﻗﻠﺐ ﻗﻨﻮﻉ، ﻓﺄﻧﺖ ﻭﻣﺎﻟﻚ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﺳﻮﺍﺀ

" Jika kamu adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, maka derajat kamu dan derajat seorang raja adalah sama"

Sebab tu la islam melarang kita bercinta sebelum berkahwin dengan alasan-alasan yg tertentu, malah islam menganjurkan kita utk menyegerakan perkahwinan jika sudah mampu.

 صلى الله عليه وسلم: ( يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء ) والحديث مخرج في الصحيحين.

Maksudnya: Wahai pemuda-pemuda sekalian. Barang siapa yang mampu  diantara kalian maka berkahwinlah. Sesungguh ia baik utk menjaga pandangan dan baik utk menjaga kesucian. Barangsiapa yang tidak mampu maka berpuasalah. Sesungguhnya puasa adalah perisai (hadith sahih).

Bercinta hanya akan membuatkan kita tak puas dgn apa yg telah kita miliki dan perkahwinanlah yang membuatkan kita redha dgn segala kekurangan yang dimilikinya.
:)

Hadith berkaitan dgn cara memilih pasangan hidup:

عَنِ أَبي هُريرة رضيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ عَنِ النبيِّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم قال: " تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ " مُتّفَقٌ عَلَيْهِ

“Nikahilah seseorang diantara kalian atas empat perkara: karena “kecantikan”nya, karena “harta”nya, karena “nasab”nya, dan yang paling utama adalah karena “agama”nya”. (Al-Hadits)

Semoga bermanfaat

Thursday, 10 January 2013

"Perancangan Allah itu adalah yang terbaik "

Wahai teman-temanku,

 Di dalam kehidupan ini, kita selalu ditimpa banyak dugaan dan cabaran serta masalah yg kadang dapat mengoyahkan kesabaran dan keimanan kita. Apa yang telah kita cadangkan dan kita pikirkan sebelum ini seakan-akan tiada gunanya.
 
Tapi hakikatnya....
Tanpa kita sedari, Allah s.w.t sedang mengatur sesuatu yg jauh lebih baik dari apa yg telah kita rancangkan.

Ingatlah ingatlah teman-teman...
Sesungguhnya perancangan Allah itu jauh lebih baik dari apa yg telah kita rancangkan. Kita hanyalah merancang, tapi Allah lah yang menentukan segala sesuatu.
 
{َعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ} [البقرة: 216}. ertinya : dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Dengan apa yg telah berlaku kita haruslah bersyukur walaupun kadang ianya memang pahit.
 

(فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ﴾ ﴿إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ﴾ (سورة آل عمران 159)
 "kemudian apabila engkau telah berazam( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya"

 أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ نَفْسِي بِتَقْوَي اللهِ
Aku berwasiat kepada kalian dan juga kepada diri saya sendiri dengan ketaqwaan kepada Allah

 ﻟََﺴْﺖُ ﺧَﻴﺮٌ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﻭَﻟَﺴْﺖُ ﺑِﺄَﺣْﺴَﻦِ ﻣِﻨْﻜُﻢْ

 Aku bukanlah lebih baik dari kalian
 
Alhamdulillah setelah lama belum post apa-apa, akhirnya harinya tergerak hati untuk menulis sesuatu. Maklumlah kerana sekarang sedang sibuk mengulang hafalanku yang telah ku tinggal beberapa hari. Memang betul dan aku serik, hafalan al-quran betul-betul akan hilang jika kita tinggal untuk mengulangnya walaupun hanya sehari. Nasihat untuk para huffaz, tak perlulah mencuba untuk meninggalkan hafalan walaupun sehari. Memang berat untuk menghafal Al-Quran kalau kita tidak mempunya keinginan yang kuat dan motivasi dari orang tua. In sya Allah , Allah akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang mempelajari dan menghafal Al-Quran. Hoirukum man ta'allamal Qur'ana wa Allamahu.

Thursday, 20 December 2012

Menjejaki Gua Tempurung

Setelah melawat ke Istana Kellie, kami terus bertolak ke destinasi terakhir yaitu Gua Tempurung.


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung di Gopeng, Perak

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentukstalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Mengeratkan hubungan sesama kawan

Setelah hampir dua minggu tak menulis, akhirnya hari ini berazam utk menulis sesuatu. Lebih baik lambat daripada yang tak buat sama sekali. Seperti yang tertulis di title post ini, minggu ini memang penuh dengan program-program utk mengeratkan hubungan sesama kawan lama dan kawan baru. Kawan-kawan lama yang dulu berjuang bersama-sama di Pondok Modern Darussalam Gontor dan kawan-kawan baru yang sekarang sedang berjuang bersama-sama menghafal Al-Qur'an di Maahad Tahfz Masjid Arriduan.
Sebenarnya kalau nak title yang lebih singkat dan padat adalah "Jalan-jalan".

Hari sabtu yang lalu pada tanggal 15 Desember 2012, aku dan kawan-kawan Gontor seangkatan bercadang utk berjalan-jalan di sekitar Ipoh, Perak. Walaupun sebenarnya kampungku terletak di Perak yaitu Taiping dan Changkat Jering, tapi yang kesiannya aku belum  pergi ke semua lokasi yang terkenal di sini.

Cerita bermula di rumah salah seorang dari peserta trip di Gombak. Kami semua berjumlah 4 orang yaitu aku sendiri, Asraf, Ibnu Hajar dan Azizan. Kami mula bertolak ke Lost World of Tambun pada pukul 8 pagi dan sampai sekitar jam 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang musibah.

Di bawah ini, aku sertakan bukti-bukti jejak kami ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak:

Friday, 30 November 2012

Segala sesuatu yang lahir dari haram, maka ia juga haram

Ada suatu kejadian yang berlaku petang semalam, ketika aku pulang ke rumah dengan keadaan yang sangat letih. Berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus kayuhan basikal telah ku harungi. Peluh-peluhku telah membasahi baju. Tidak ada yang terbayang di pikiranku kecuali bayangan katil dengan bantal yang empuk. Sangat nikmat jika setelah ini langsung landing ke katil dan berehat sebentar. Tapi setelah teringat bahwa tidur ketika waktu petang adalah dibenci oleh Rasulullah s.a.w, akhirnya aku berniat untuk berbaring sahaja.Tiba-tiba ketika masuk ke bilikku, aku terlihat ada yang telah rebah di katilku dengan nyenyak sekali, tak sampai hatiku untuk membangunkannya......


Friday, 23 November 2012

Fenomena Akhwat Facebook


Tulisan ini diambil dari laman web islamiconline.com dalam bahasa indonesia dan telah diterjemahkan olehku ke bahasa melayu. Tidak bermaksud untuk ditujukan ke siapa-siapa dan tidak juga untuk menyindir mana-mana belah pihak sekalipun, tetapi untuk direnungkan bersama dan diambil pengajarannya. Semoga dapat mengambil apa yang baik dan ditinggalkan apa yang buruk. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari manusia yang penuh dengan kesilapan.


FENOMENA AKHWAT DI FACEBOOK

"Ada FB tak?"

"Tak ada la. Tapi ada blog".

Tak berapa lama kemudian.