Jujur aku katakan, masalah-masalah yang datang menimpaku sejak dari belajar di negeri seberang sampailah sekarang berada di rumah. Masalah-masalah yang datang ketikaku duduk dirumah tidak kalah banyak berbanding di Gontor dulu. Kalau masalah-masalah di Gontor lebih kepada masalah student-student yang susah untuk diatur dan dididik, masalah kekurangan waktu belajar dengan subject yang berpuluh-puluh, masalah-masalah dengan pengurus-pengurus asrama yang sangat prihatin dengan anak-anak didiknya. Tapi masalah yang aku timpa di rumah lebih kepada masalah hati yang mana kalau tersakiti, sangat membekas di hati, masalah dalam membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan di rumah dan banyak lagi yang tak perlu diungkapkan.
Maklumlah sudah hampir 7 tahun hidup di negara jiran, dengan kawan yang berbeza, lingkungan yang berbeza, kebiasaan yang berbeza, aktiviti yang berbeza. Sudah pasti ketika berpindah ke lingkungan yang baru, akan mengalami suatu perubahan yang besar dan sememangnya tidak mudah. Tidak mudah untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Di Gontor lebih mementingkan pendidikan daripada sekadar pengajaran di kelas. Barang-barang electronik adalah dilarang kelas apa jua bentuk termasuk iron dan lain-lain. Sibuk dengan berpanitia mengatur event-event yang tertentu. Mendidik junior yang banyak membuat kesalahan.
Apabila pulang ke rumah, banyak perkara-perkara yang perlu dipelajari dari awal termasuk hubungan antara keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan. Perkara yang simple tetapi memerlukan waktu untuk diatasi. Tidak ada sesiapa pun yang salah. Setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangan. Tak perlulah menyesali apa yang telah berlalu. Lantarjia' ayyamullati madots, tidak akan kembali hari yang telah berlalu. Just look forward and do it! Cukuplah setakat itu tentang perkara ni.
Tajuk post ni adalah weekend yang bererti. Kenapa bererti? kerana boleh dikatakan banyak juga aktiviti pada hujung minggu ini berbanding hujung minggu yang sebelumnya. Diawali dengan hari ulang tahun ibuku pada hari jumaat. Pada malam harinya, kami sekeluarga dan saudara mara makan bersama di restaurant cina muslim di Bukit Antarabangsa. Sangat meriah dan sedap, sebab sebelum ini tak berpeluang bersama ibuku ketika ulangtahun selama 7 tahun.
Keesokan harinya pula iaitu hari sabtu. Aku dan ibuku menziarahi sepupuku yang baru saja pulang dari tanah suci mekah dan madinah untuk melaksanakan ibadah umrah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t. Banyak yang diceritakan oleh sepupuku ketika berada di sana terutamanya ketika di Madinah kerana mereka di sana banyak dibantu oleh sahabat baikku iaitu Waqos. Seorang yang berbangsa Pakistan tetapi dapat bercakap dalam 10 bahasa termasuk bahasa melayu. Sangat baik dengan sesiapa sahaja walaupun pertama kali berjumpa. Itulah kawanku yang sangat hebat, namanya Waqos. Kata sepupuku, ketika mereka datang ke tempat dia bekerja iaitu di kedai batu permata Rusia, Osmani Gumus kalau tak silap. Waqos terus menutup kedainya dan menghidang makanan di dalam kedai itu. Hampir setiap hari diberi makanan oleh beliau. Sangat terharu dengan bantuan ikhlas darinya. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu lagi. Beliau membelikan untuk ku 3 kotak chocolate yang sedap sangat sangat. Speechless
Bersama sahabatku, Waqos :) |
Inilah hadiah dari beliau ^__^ |
اللهم أحيني ما دامت الحياة خيرا لي وتوفني ما دامت الوفاة خيرا لي
Ya Allah, hidupkanlah aku selama mana hidup itu baik bagiku (dengan amal soleh) dan metikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
اللهم إن كان أجلنا قد حضر فأرحنا وان كان متأخرا فارفعنا وان كان بلاءا فصبرنا
Ya Allah, jika ajalku sudah tiba maka ambillah nyawaku, jika masih jauh maka angkatlah aku(lindungilah) dan jika ini adalah bala(ujian) maka jadikanlah aku sabar
No comments:
Post a Comment