Gua Tempurung ialah sebuah gua batu
kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti
tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud
sejak 8000 SM lagi.
Gua Tempurung di Gopeng, Perak
Gua Tempurung terdiri daripada lima
kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah
mempunyai bentukstalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah
berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung merupakan salah satu
gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah
gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai
Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang
berbentuk tempurung.
Gua Tempurung terletak di Gopeng,
sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari
Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti
berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu
stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan
pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua
ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu ,
tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang
suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua
ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian
komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada
tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.
Sebelum masuk, kita boleh pilih mana-mana package. Semuanya ada 4 package. Di sebabkan kami datang lambat, akhirnya kami hanya dapat mengikuti package yang kedua. Kalau pilih package yang ke 3 dan 4, sekali dengan jungletracking. Tapi kenalah datang awal pagi.
Sebelum masuk, kita boleh pilih mana-mana package. Semuanya ada 4 package. Di sebabkan kami datang lambat, akhirnya kami hanya dapat mengikuti package yang kedua. Kalau pilih package yang ke 3 dan 4, sekali dengan jungletracking. Tapi kenalah datang awal pagi.
No comments:
Post a Comment