Zoro(kiri), Joling(tengah) dan Bear(kanan) sedang melepaskan kepenatannya |
tak rela ku membangunkan mereka |
Rasanya telah berlaku perbualan antara mereka sebelum ini:-
Zoro :Jom tido atas katil abang tuan kita!! Kaki aku dah lenguh ni, perut pun kenyang makan sisa-sisa ikan tadi.
Joling :Jom!
Bear :Eh, bukan sekejap lagi abg tuan kita nak rehat ke lepas balik dari kelas tahfiz?
Zoro :Alah, dia tu cakap je nak baring sekejap. Last-last tertidur jugak akhirnya. Penat aku tunggu dia bangun tapi tak bangun-bangun pun.
Joling : Tu la. Kita tidur je sama-sama atas katil dia. Nanti dia tak jadi la nak baring dan akhirnya tak la tertidur jugak.
Bear : Ye tak ye jugak ye.
Allah s.w.t pernah berfirman:-
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra' :32)
Jangankan berzina, menghampiri zina juga dilarang oleh Allah s.w.t kerana Allah tahu kalau kita sudah menghampiri dengan perbuatan zina sahaja, maka ia akan mendorong untuk melakukan perbuatan itu. Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan keji yang lain. Hendaklah kita menjauhinya agar kita tidak terjerumus ke dalam perbuatan yang keji itu. Kalau anda tidak mahu tertidur, maka jangan la membuat sesuatu yang membuatkan anda tertidur juga. Maka kejadian ini mengingatkanku dengan satu kaedah Ushul Fiqh, yaitu:
Segala sesuatu yang lahir dari haram, maka ia juga haram
Di dalam pelajaran Ushul Fiqh, dalam bab kaedah fiqh pernah dibahas ketika di Gontor dahulu.
مَا يَتَوَلَّدُ مِنَ الحَرَامِ فَهُوَ حَرَام
Segala sesuatu yang lahir dari haram, maka ia juga haram
Dan ia terbagi lagi menjadi 2 bahagian:
1.Apa yang haram dikerjakan, haram juga jika duit yang dihasilkan darinya
2.Apa yang haram diambil, haram juga jika ia diberikan ke orang lain
Contohnya:
Apa yang haram dikerjakan, haram juga jika duit yang dihasilkan darinya:-
-Zina adalah haram, maka duit yang dihasilkan dari perbuatan zina juga haram
-Rasuah adalah haram, maka duit yang dihasilkan darinya juga haram.
Apa yang haram diambil, haram juga jika ia diberikan ke orang lain:-
-Hasil harta dari Riba' adalah haram, maka haram juga memberikannya kepada orang lain
-Minum arak adalah haram, maka haram juga memberi atau menjual arak ke orang lain
Allah juga berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 2:-
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).Hendaklah kita tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kita tolong-menolong dalam melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan. Kalau kita bersubahat dengan orang yang rasuah, maka kita juga akan mendapatkan dosa akibat persubahatan kita. Kalau kita tahu bahwa seseorang ini adalah pencuri, maka jangan sampailah kita ikut ataupun membantu dia untuk melakukan sesuatu pencurian.
No comments:
Post a Comment