Hari ini seperti biasa, setelah kelas menghafal Al-Quran untuk hafalan baru dan mingguan. Mesti kawan-kawan aku yang akan menduduki spm akan banyak bertanya kepadaku tentang pelajaran yang akan diuji nanti, terutamanya pelajaran bahasa arab. Kalau sebelum ini mereka hanya minta tolong untuk mencarikan contoh soalan ramalan spm atau contoh soalan percubaan. Kalau yang ini memang sudah biasa sebab pelajar-pelajar di Ma'had Tahfiz ini tidak disediakan komputer. Kadang-kadang juga diminta untuk menerangkan apa yang mereka tidak faham dari pertanyaan dan jawapan. Apalagi aku memang terbiasa dan suka untuk mengajar dan berbahagi ilmu kerana ketika di Gontor dulu memang dilatih untuk berkorban apa-apa pun. Sehingga muncul kata "Bondo Bahu Pikir Lek Perlu Sak Nyawane Dipisan" yang bermaksud " Harta, Kekuatan, Fikiran dan jika perlu nyawa juga dikorbankan".
Semalam kawan baik aku yang akan menduduki spm datang kepadaku dengan membawa 3 helai kertas folia. Dia meminta tolong kepadaku untuk mengarangkan karangan dalam bahasa arab dengan tajuk "الاجتهاد أساس النجاح" " Bersungguh-sungguh adalah tangga kejayaan". Disebabkan dia menginginkan karangan itu jadi dengan segera. Akupun terus menulisnya semampunya dengan kosa-kosa kata yang ada di benakku ketika itu. Kawan aku ini memang pandai dan rajin. Boleh dikatakan dia adalah pelajar teladanlah di sekolah tahfiz ini sebab dapat menghafal 30 juzuk Al-Qur'an dalam hanya 2 tahun. Apalagi hafalannya sudah banyak kali diulang-ulang sehingga betul-betul hafal.
Tapi apa yang terjadi pagi tadi lain dari sebelum-sebelumnya.
Pagi ini setelah kelas dia datang kepadaku dengan membawa 2 helai kertas yang telah aku karangkan karangan bahasa arab semalam.
Dia pun berkata:
"Dengar elok-elok ya, kalau ada salah betulkan je"
Aku pun dengan penuh hairan mendengar nya.
"لن ينكر أحد إن الاجتهاد أساس النجاح .................إلي أخره
Terjemahannya:
" Tidak ada yang memungkiri sesungguhnya bersungguh-sungguh adalah tangga kejayaan..................................sampai habis.
Rupa-rupanya dia hafalkan karangan yang aku tulis semalam dari pertama sampailah terakhir. Lancar pulak tu hafalan dia. Memang lawak kalau dipikir-pikir. Mana ada karangan orang hafal untuk jawab waktu peperiksaan nanti. Tapi kalau dah terdesakkan, tak pe la rasanya. Nak buat macam mana sebab di Ma'ahad Tahfiz ini tak dibiasakan untuk berkata-kata dalam bahasa arab. Memang susah nak menerapkan apa yang ada di Gontor dekat Malaysia ini. Gontor memang dah ada sistem yang kokoh dengan pengalaman selama 86 tahunnya. Kalau Ma'had Tahfiz ini memang nak menerapkan macam tu, aku sedia juga untuk membantu. Tapi tidak apa-apalah. Yang penting pelajar-pelajar semangat untuk menimba ilmu walaupun terkadang caranya salah. :)
No comments:
Post a Comment