Alhamdulillah. Sekarang kita sudah berada di bulan Muharram 1434H. Di bulan ini, kita disunatkan untuk berpuasa sunah Tasua' dan Asyura.
Mengapa kita berpuasa pada hari Asyura?
Apakah hikmah disunatkan puasa 9 Muharram?
Mengapa kita berpuasa pada hari Asyura?
Sewaktu Nabi s.a.w berhijrah ke Mdinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi pada hari Asyura.
Lalu Rasulullah bertanya:
" Berpuasa apakah kamu ini?"
Jawab mereka,
"Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Fir'aun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana ini kami pun berpuasa."
Sabda Nabi s.a.w:
"Kamilah yang lebih berhak mengikuti jejak Nabi Musa daripada kamu"
Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu(Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
Disunatkan berpuasa 9 Muharram(Tasua') bersama dengan 10(Asyura).
Daripada Ibnu Abbas berkata: "Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; "Ya Rasulullah sesungguhnya ia adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasrani. Nabi bersabda; "Maka jika tahun akan dating insya Allah kita akan berpuasa Tasua'(9 Muharram)". Ibnu Abbas berkata; " Maka belum sempat dating tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat". Hadis riwayat Muslim(1916).
Imam Syafie, Ahmad, Ishak dan lain-lainnya berkata;" Disunatkan berpuasa Tasua' dan Asyura bersama kerana Nabi berpuasa pada 10 Muharam dan telah berniat untuk berpuasa 9 Muharam". Atas dasar ini maka berpuasa Asyura ada tingkatannya; yang paling kurannya ialah berpuasa pada hari Asyura sahaja, lebih baik daripada itu ialah berpuasa 9 dan 10 Muharram. dan setiap kali bertambahnya puasa pada bulan Muharram maka ianya adalah lebih baik dan afhal.
Hikmah disunatkan puasa 9 Muharam;
Imam An-Nawawi berkata;" Para ulama dikalangan Sahabat kami(Syafieyyah) dan selain mereka menyatakan tentang hikmah berpuasa Tasua'(9 Muharram) dengan beberapa wajah;
1)Ianya adalah bertujuan menyalahi Yahudi(tidak sama dengan mereka) ketika hanya berpuasa Asyura sahaja.
2)Adalah bertujuan menyambung puasa Asyura dengan puasa seperti larangan Nabi berpuasa pada hari Jumaat semata-mata. Ini disebutkan oleh Al-Khattobi dan ulama-ulama lain.
3)Sebagai langkah berjaga-jaga ketika kita berpuasa Asyura, yang mungkin ditakuti kurang sehari anak bulan. Maka akan berlaku kesilapan hari ketika berpuasa. Maka boleh jadi puasa 9 Muharram itu adalah yang sebenarnya 10 Muharram".
Akan tetapi wajah yang paling kuat adalah yg pertama. Syeikh Islam Ibu Taimiyyah menyatakan; "Nabi Muhammad s.a.w telah melarang daripada menyerupai Ahli Kitab dalam hadis-hadis Baginda yang banyak seperti dalam sabda Baginda tentang Asyura;
" Jika aku hidup pada tahun hadapan maka aku pasti berpuasa Tasua'. Al-Majmuk al-Kubra.
Daripada Ibu Abbas beliau berkata; "Telah berkata Nabi Muhammad; "Berpuasalah pada hari Asyura dan selisihilah Yahudi( jangan menyerupainya), berpuasalah sebelum sehari ataupun selepasnya sehari". Hadis riwayat Ahmad (1/241) ibnu Huzaimah(2095) dan Al-Baihaqi.
Apakah hukum berpuasa Assyura sahaja?
Syeikhul Islam berkata; "Berpuasa pada hari Assyura adalah kaffarah(pengampunan) setahun dan tidak dimakruhkan mengifradkannya dengan puasa asyura sahaja. Al-Fatawa al-Kubra.
Ibnu Hajar Al-Haithami dalam Tuhfatul Muhtaj bab puasa sunat berkata; "Dan puasa Assyura tidak mengapa berpuasa pada hari itu sahaja".
Marilah kita bersama-sama puasa sunah Tasua' dan Asyura pada bulan Muharram ini. Jangan lepaskan peluang yang hanya datang setahun sekali ini. Semoga dosa-dosa yang telah kita lakukan diampuni oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment