Friday, 13 June 2014

Info Pendaftaran Pondok Gontor Bagi Pelajar Malaysia



INFO PENDAFTARAN PONDOK MODERN DARUSSALAM GONTOR
BAGI PELAJAR MALAYSIA

Untuk memudahkan bagi warga Malaysia yang berniat untuk memasukkan anaknya ke Pondok Modern Darussalam Gontor, di sini saya kongsikan sedikit maklumat yang berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum bertolak ke Gontor, ketika bertolak, sehinggalah ketika di sana nanti untuk proses pendaftaran.

Calon Pelajar Luar Negri di Gontor 2 pada tahun 2012


Langkah Pertama : Sebelum bertolak ke Gontor
Ketika ibubapa sudah yakin dan berazam untuk memasukkan anaknya ke Gontor dan anaknya juga setuju dengan keputusan itu, maka demikianlah langkah-langkah yang perlu diambil:
  1. Membuat passport di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri. 
  2. Mendapatkan surat sponsorship dari Sekretariat Pondok Gontor. Ianya boleh didapatkan daripada Al-Ustadz Masruh Ahmad dengan memberikan maklumat peribadi dan passport pelajar dan pembayaran sebanyak RM100. 
  3. Membawa surat sponsorship, passport, IC, sijil kelahiran dan apa-apa yang berkaitan ke Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk  mendapatkan Visa Kunjungan Sosial Budaya dan boleh mendapatkannya di hari yang sama bergantung kepada keadaan.
  4. Pembelian tiket kapal terbang untuk pergi ke Indonesia boleh dibuat jauh-jauh hari. Semakin cepat, semakin baiklah ia kerana tiket kapal terbang boleh dibeli dengan harga yang murah. Tetapi sebelum beli dinasihatkan untuk berbincang dengan ibubapa yang lain yang ingin menghantarkan anaknya juga ke Gontor. Sehingga tidaklah bersendirian ketika dalam perjalanan ke Gontor nanti.
  5. Ibubapa dinasihatkan untuk membuka akaun Bank Muamalat Indonesia di Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur atas nama ibu atau bapa. Buku akaun tersebut akan dipegang oleh ibubapa, manakala pelajar hanya akan membawa kad ATM sahaja ke Gontor.
  6. Mempersiapkan calon pelajar dengan pelajaran-pelajaran yang akan diuji ketika Ujian Masuk Gontor nanti, ujian lisan mahupun ujian tulis. Bagi yang lulus akan dimasukkan ke Gontor 1 ataupun ke pondok cabangnya, manakala yang gagal tidak akan ditampung oleh Gontor pada tahun itu. Calon boleh mencuba untuk tahun yang berikutnya. 
  7. Mempersiapkan seluruh dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran di Gontor dan salinan-salinan perlu disahkan oleh pihak yang berwenang.


Langkah Kedua : Menjelang pemberangkatan ke Gontor
Langkah-langkah ini boleh mula diambil pada bulan Ramadhan ataupun sebelumnya:
  1. Membeli barang-barang keperluan dari segi berpakaian, peralatan, alat tulis dan lain-lain. Demikian sebahagian barang yang dicadangkan: (untuk Putra):
a.       Baju kemeja kosong lengan pendek ataupun lengan panjang sebanyak 3 helai (yang tidak bergaris-garis atau berkotak-kotak). Tidak boleh warna yang mencolok mata seperti warna hitam, merah, kuning terang dan lain sebagainya. Pilihan warna yang cerah lebih diutamakan seperti warna biru, coklat dan lain sebagainya. 
b.      Baju kemeja putih berlengan panjang satu pasang.
c.       Baju melayu 2 helai.
d.      T-shirt kosong yang tidak berkolar dan tidak bergambar besar sebanyak 4 helai (logo kecil seperti lambang "polo" diperbolehkan). Tatacara pemilihan warna untuk t-shirt sama seperti kemeja.
e.       Seluar slack sebanyak 4 pasang bewarna gelap seperti hitam, biru dan lain sebagainya. Tidak boleh yang bergetah di bahagian pinggang.
f.       Seluar jeans tidak dibenarnya sama sekali.
g.      Tracksuit yang bewarna gelap sebanyak 2 pasang. Wajib yang bergetah di bahagian kakinya.
h.      Tali pinggang kulit bewarna hitam yang sederhana. Warna selain hitam tidak dibenarkan.
i.        Kasut kulit hitam 1 pasang.
j.        Kasut sukan 1 pasang untuk kegiatan jogging.
k.      Peralatan alat tulis. Boleh lebihkan sedikit pen hitam untuk dibawa.
l.        Songkok hitam. Di Gontor tidak memakai kopiah.
m.    Kain pelekat sebanyak 2 helai.
n.      Peralatan mandi seperti sabun, ubat gigi, berus gigi, baldi, gayung dan lain-lain boleh dibeli di sana.
o.   Kunci mangga berukuran sederhana sebanyak 1 buah (tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar).
p.   Buku pelajaran tidak perlu dibawa kecuali untuk matapelajaran yang akan diujikan ketika ujian masuk nanti.
q.   Jaket yang tidak bergambar besar di bahagian depan dan belakang jaket. Tidak pula yang menggambarkan mana-mana parti potitik dan lain sebagainya. Juga jaket yang tidak ada penutup kepala.
r.      Selebihnya boleh dibeli di sana.

Barang-barang yang perlu dibawa( untuk putri ):
1.      Baju kurung/jubah/blouse panjang paras paha sebanyak 3 helai.(baju harian)
2.      T-shirt muslimah lengan panjang dan panjang sampai paras paha serta  tidak bergambar(kartun dll) sebanyak 3 helai.
3.      Seluar tracksuit(sukan) berwarna gelap dan bergetah pada bahagian kaki.
4.      Pakaian dalam seperti : singlet warna putih  & kain dalam sebanyak 3 helai.
5.      Kasut kulit warna hitam bertumit (2/3inci) sepasang.
6.      Kasut sukan sepasang.
7.      Seliper.
8.      Stokin warna putih panjang sampai betis (u/ sekolah), Warna hitam panjang sampai betis (u/ pramuka).
9.      Scarft (anak tudung).tudung boleh beli disana.
10.  Telekung.
11.  Sejadah.
12.  Peralatan tulis.
13.  Peralatan mandi.(gayung & baldi boleh beli disana).
14.  Selimut,sarung bantal & alas tilam.
15.  Kunci almari ukuran sederhana (1/2 buah).
16.  Al-Quran ukuran sederhana(tidak besar dan tidak kecil).
17.  Pin peniti/jarum.

Dilarang membawa:
1.      Barang kemas.(cincin,gelang,rantai dll except subang).
2.      Jam tangan berukuran besar.
3.      Alat elektronik.
4.      Pakaian diperbuat dari jeans (seluar/skirt dll) dan yang bergambar.

NOTE:
- Pakaian boleh dibawa lebih dari 3 helai tetapi tidak melebihi dari 5/6 helai serta tidak nipis & ketat .
-Seragam(uniform) beli disana.
 
2.      Semua barang-barang kepunyaan peribadi perlu diberi tanda dengan marker permanent sehingga tidak hilang dan tidak tertukar.
3.      Membawa marker permanent bewarna hitam dan putih (atau yang lainnya).
4.      Merapikan lagi dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di sana nanti di dalam satu fail dan sediakan juga salinan yang banyak tiap-tiap dokumen. Dokumen asli seperti IC, Sijil kelahiran boleh dibawa balik kembali oleh ibubapa setelah proses pendaftaran kelak kerana ia tidak diperlukan dan ditakutkan akan hilang nantinya.
5.      Memantapkan lagi persiapan untuk menghadapi ujian masuk ke Gontor.
6.      Memastikan lagi tempat penginapan untuk ibubapa disana kerana Wisma Darussalam, hotel penginapan terletak berhampiran Gontor akan diyakini penuh. Manakala tempat tinggal untuk para pelajar tidak perlu risau kerana ianya akan disediakan terus setelah proses pendaftaran.

Langkah Ketiga : Pemberangkatan ke Gontor
1.      Tiba di airport awal.
2.      Airport yang dekat dengan Gontor:
a.       Airport Adi Sumarmo, Solo
b.      Airport Adi Sucipto, Yogyakarta
c.       Airport Juanda, Surabaya
3.      Ketika tiba di Indonesia, boleh menaiki teksi terus ke Gontor ataupun kalau ada kenalan boleh minta untuk dijemput di sana.


Langkah Keempat : Pendaftaran di Gontor
Ketika tiba di Gontor, para pelajar akan diturunkan terus di tempat pendaftaran. Setelah selesai urusan pendaftaran, para pelajar akan diberikan bilik masing-masing dan tinggal bersama calon-calon pelajar lain. Setelah selesai urusan pendaftaran dan lain sebagainya, calon-calon pelajar kembali focus untuk menghadapi ujian lisan pada waktu yang telah ditetapkan ketika pendaftaran iaitu sebelum 11 Syawwal. Manakala ujian tulis akan diadakan serentak pada 11 Syawwal pagi di tempat yang akan ditentukan nanti. Keputusan ujian akan diketahui sekitar 4 hari selepas ujian.

Ada Ibubapa yang tunggu sehingga keluarnya keputusan ujian dan ada juga yang tinggalkan terus anaknya tanpa menunggu keputusan. Jika ada yang tinggalkan terus anaknya di Gontor, boleh meminta bantuan kepada ustadz-ustadz pembimbing, ataupun kepada para pelajar yang ibubapa kenali nanti di sana. In sha Allah banyak ustadz dan pelajar malaysia yang berada di sana yang bersedia untuk membantu calon-calon pelajar nanti.  





DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Di sini saya saya ringkaskan lagi dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke Gontor untuk proses pendaftaran: 
  1.  5 salinan sijil atau surat berhenti sekolah atau kedua-duanya sekali (perlu pengesahan) 
  2.  5 salinan sijil kelahiran (perlu pengesahan) 
  3. 5 salinan kad pengenalan pelajar. 
  4.  5 salinan kad pengenalan ibu bapa/ yang mewakilinya
  5. 2 salinan kartu keluarga (surat nikah ibubapa) untuk pelajar putri
  6. 12 keping gambar berukuran passport (latar belakang biru)
  7. 8 keping gambar berukuran 4x6 (latar belakang biru) 
  8.  4 keping gambar berukuran 3x4 (latar belakang biru) 
  9.  5 salinan sijil UPSR, PMR dan SPM (bagi yang memilikinya)(hanya saranan saya)
NB:
  •  Semua salinan perlu disahkah oleh pihak yang berwenang.
  • Semua gambar perlu dicetak dengan latar belakang bewarna biru. Bagi yang putri wajib gambar dengan pelajar yang bertudung putih.
  •  Jumlah salinan di atas adalah saranan saya sahaja. Boleh bawa dengan jumlah yang diperlukan sahaja ataupun bawa lebih dari yang disarankan.




JUMLAH DUIT YANG DIPERLUKAN


No
Keterangan
Jumlah
Rupiah
Ringgit
1
Pembayaran surat sponsorship dari Gontor -Ust Masruh

RM 100
2
Pembayaran Visa Kunjungan Sosial Budaya -Kedutaan Indonesia

RM 170
3
Pembayaran urusan perpanjangan visa VKSB 4 kali dan ITAS 1 kali untuk tahun pertama- Pembimbing Konsulat Luar Negri
Rp 3.000.000
RM 900 (anggaran)
4
Total yuran pendaftaran pelajar baru
Rp 4.450.000
RM 1300
5
Buku sekolah, almari, tilam, bantal, keperluan asrama, belanja untuk 3 bulan pertama, peralatan pramuka dan lain-lain.

RM 1000 (anggaran)
NB:
  •         Pertukaran wang ke Ringgit di atas adalah anggaran dari saya sendiri. 
  •         Ini tidak termasuk biaya pembelian tiket kapal terbang, transport dari airport ke Gontor, penginapan ibubapa selama di Indonesia dan lain-lain yang saya terlepas pandang.
  •          Yuran pendaftaran pelajar baru yang tertulis di atas sudah termasuk yuran makan dan sekolah untuk bulan pertama iaitu bulan Syawwal. Untuk bulan yang selanjutnya, ibubapa perlu membayar duit yuran makan dan sekolah sahaja sebanyak Rp. 550.000 per bulan.
  •          Ketentuan biaya dapat berubah sewaktu-waktu.
  • Pendaftar yang belum lulus Ujian Masuk dapat mengambil kembali semua pembiayaan selain duit makan yang telah dipakai, sumbangan pembangunan, duit kepanitiaan Bulan Syawwal dan organisasi.
  • Yuran pengurusan visa untuk tahun kedua dan selanjutnya  adalah sebanyak Rp 1.000.000 sahaja. Untuk tahun pertama sahaja perlu membayar sebanyak 3 juta rupiah seperti yang telah tertulis di jadwal atas. 
  • Untuk detail lengkap tentang yuran pendaftaran pelajar baru boleh disemak di link ini. http://muhasabahdiribersama.blogspot.com/2014/06/info-pendaftaran-kmi-gontor.html



Pelaksanaan Ujian Masuk KMI dan Materi Ujian
  1. Ujian Masuk KMI meliputi ujian syafahi (ujian lisan) dan ujian tahriri (ujian tulis). Materi ujian syafahi meliputi psyco-test, membaca Al-Qur’an, Tajwid, dan praktik ibadah (ibadah qauliyah dan ibadah ‘amaliyah). Sedangkan materi ujian tahriri mencakup Imla’ (dikte tulisan Arab), Bahasa Indonesia, Berhitung Soal dan Angka (Matematika dasar setara kelas 6 Sekolah Rendah).
  2. Tidak ada perbezaan antara materi ujian yang diujikan kepada calon pelajar lulusan Sekolah Rendah (sederajat) dengan calon pelajar yang berasal dari lulusan Sekolah Menengah (sederajat).
No
Bentuk Ujian
Pelajaran yang diuji
1
Syafahi (Lisan)/ Oral examination
(diadakan mengikut giliran pada tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-10 Syawwal 1435 untuk capel putra; tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-14 Syawwal 1435 untuk capel putri)
Giliran untuk mengikuti ujian lisan akan ditentukan setelah proses pendaftaran tepat)

·         Psyco-test
·         Baca Al-Qur’an
·         Tajwid
·         Praktik ibadah (Qauliah dan Amaliyah)
2
Tahriri (Tulis)/ Written examination
(diadakan serentak pada 11 Syawwal pagi hari untuk capel putra dan 15 Syawwal pagi hari untuk capel putri)
·         Berhitung angka
·         Berhitung soal
·         Bahasa Indonesia
·         Imlak (dikte tulisan Arab)

NB: Dalam pelaksanaan Ujian Masuk KMI tidak diadakan ujian ulangan/susulan (waktu pelaksanaan ujian bisa berubah sewaktu-waktu).



Contoh soalan:
A. Ujian Syafahi:
1. Ibadah Qowliyah



1. Berhitung Angka

2. Berhitung Soal



3. Bahasa Indonesia

NB: 
  • Berikut hanyalah sekadar contoh soalan yang akan diujikan. Tidak ada kemestian bahwa soalan akan keluar dalam bentuk yang sama atau tidak. Boleh dibuat sekadar rujukan calon-calon pelajar malaysia.
Pengalaman pertama memulakan perjalanan ke Gontor pada 12 November 2005

  Alamat dan Contact Person:

1. Al-Ustadz Masruh bin Ahmad :
    Alamat : No 9, Lot 1672, Jalan Qiraati Off, Jalan Nazir, 43000, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor.
    No. Hp : 0105080137

2. Bank Muamalat Indonesia.
    Alamat: G23, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
    No Telp: 03-2711 0807

3. Embassy of The Republic of Indonesia
    233, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
    Telp : 03-2142 1354
    Fax : 03-2141 7908 / 03-2142 3878

4. Pondok Modern Darussalam Gontor I
    Alamat Desa Gontor Mlarak, Ponorogo 63472, Jawa Timur, Indonesia.
    Telp: 0352-311711, 311911.

5. Kantor KMI Gontor Putra 1
    Telp : 0352 488920

6. Kantor KMI Gontor Putri 1
    Telp : 0351 673261



Jika ada maklumat yang tidak lengkap ataupun yang tersalah. Anda sangat dialu-alukan untuk memberitahu saya di ruang komen. Sebelum itu saya minta maaf jika ada tersalah kata atau terkasar bahasa. Syukron, Wassalam.

Muhammad Hariz bin Muhammad Nasir
Alumni Gontor 2011
Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
13 Jun 2014



Info Pendaftaran KMI Gontor



PENDAFTARAN KULLIYATU-L-MU’ALLIMIN/MU’ALLIMAT AL-ISLAMIYAH (KMI)
A. Syarat-syarat Pendaftaran
  1. Menyerahkan 2 salinan Surat Berhenti Sekolah atau Surat Keterangan Lulus yang telah disahkan oleh pihak yang berwenang.
  2. Berbadan sihat dengan Surat Keterangan dokter dari Balai Kesehatan Santri dan Masyarakat (BKSM) di Pondok Modern Darussalam Gontor.
  3. Menyerahkan gambar berukuran 4 x 6 sebanyak 4 keping dan 3 x 4 sebanyak 2 keping (putra); dan gambar bertudung putih, berlatar belakang biru, berukuran 4 x 6 sebanyak 2 keping dan 3 x 4 sebanyak 8 keping (putri).
  4. Memenuhi ketentuan-ketentuan atau yuran- yuran yang telah ditetapkan pada waktu pendaftaran.
  5. Menyerahkan 1 salinan Sijil Kelahiran (putra); dan 3 salinan  Sijil Kelahiran (putri).
  6. Menyerahkan 1 salinan Kad Pengenalan wali pelajar/yang mewakilinya (khusus putra).
  7. Menyerahkan 1 salinan Kartu Keluarga(surat nikah ibu bapa) (khusus putri).
  8. Mendaftarkan diri sesuai dengan cara dan waktu yang telah ditentukan.
NB: Hal-hal yang kurang jelas dapat ditanyakan saat mendaftar di Kantor KMI atau Panitia Ujian Masuk KMI.
B. Syarat-syarat Penerimaan
  1. Berkelulusan Sekolah Rendah atau Sekolah Rendah Agama atau yang sederajat (contohnya sijil UPSR), untuk masuk kelas biasa dengan masa belajar 6 tahun, dan berkelulusan Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Agama atau yang sederajat (contohnya sijil PMR) untuk masuk kelas Intensif dengan masa belajar 4 tahun.
2. Mempunyai dasar agama, yakni:
  • Dapat mengerjakan ibadah sehari-hari dengan baik.
  • Dapat membaca al-Qur’an dengan baik.
  • Dapat membaca dan menulis Arab dengan lancar.
3. Lulus dalam testing/ujian masuk dan psyco-test.
4. Sanggup bertempat tinggal di asrama yang telah disediakan.
C. Waktu dan Cara Pendaftaran
 Pendaftaran calon pelajar (capel) Pondok Modern Darussalam Gontor dilaksanakan pada:
  1. Tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-10 Syawwal 1435 untuk putra, bertempat di Pondok Modern Darussalam Gontor Pusat, Mlarak, Ponorogo;
  2. Tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-14 Syawwal 1435 untuk putri, bertempat di Pondok Modern Gontor Putri 2, Sambirejo, Mantingan, Ngawi.
Pelaksanaan ujian masuk KMI:
  1. Ujian Lisan: tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-10 Syawwal 1435 untuk capel putra; tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-14 Syawwal 1435 untuk capel putri.
  2. Ujian Tulis: tanggal 11 Syawwal 1435 untuk capel putra, dan tanggal 15 Syawwal 1435 untuk capel putri.
Pendaftaran capel Pondok Modern Darussalam Gontor diadakan secara langsung di kampus (tidak boleh dilaksanakan melalui korespondensi, telifon, atau internet).
D. Pelaksanaan Ujian Masuk KMI dan Materi Ujian
  1. Ujian Masuk KMI meliputi ujian syafahi (ujian lisan) dan ujian tahriri (ujian tulis). Materi ujian syafahi meliputi psyco-test, membaca Al-Qur’an, Tajwid, dan praktik ibadah (ibadah qauliyah dan ibadah ‘amaliyah). Sedangkan materi ujian tahriri mencakup Imla’ (dikte tulisan Arab), Bahasa Indonesia, Berhitung Soal dan Angka (Matematika dasar setara kelas 6 Sekolah Rendah).
  2. Tidak ada perbezaan antara materi ujian yang diujikan kepada calon pelajar lulusan Sekolah Rendah (sederajat) dengan calon pelajar yang berasal dari lulusan Sekolah Menengah (sederajat).
NB: Dalam pelaksanaan Ujian Masuk KMI tidak diadakan ujian ulangan/susulan (waktu pelaksanaan ujian bisa berubah sewaktu-waktu).
E. Program Ujian Lanjutan dan Ujian Penempatan Kelas
  • Bagi calon pelajar yang telah lulus Ujian Masuk KMI diberi kesempatan untuk mengikuti Program Ujian Lanjutan, yaitu ujian akselerasi ke kelas yang lebih tinggi jika memenuhi syarat-syarat tertentu, di antaranya memiliki kemampuan dengan bekal keilmuan yang cukup untuk duduk di kelas yang lebih tinggi dari kelas 1 KMI.
  • Secara khusus, bagi calon pelajar putra dari kelas Intensif yang telah lulus Ujian Masuk KMI akan mengikuti Ujian Penempatan Kelas (Placement Test) setelah terdaftar sebagai siswa KMI Pondok Modern Darussalam Gontor. Adapun materi yang akan diujikan pada ujian ini meliputi Matematika, Fizik, dan Bahasa Inggris.
F. Biaya Administrasi Pendaftaran Calon Siswa/Siswi Baru KMI 2014/1435
1
Pembayaran pangkal masuk KMI
Rp.  1.600.000
2
Pembayaran penambahan bangunan baru
Rp.     600.000
3
Pembayaran Kepanitiaan Bulan Syawwal
Rp.     210.000
4
Pembayaran kertas
Rp.     350.000
5
Pembayaran Majalah Gontor 1 tahun
Rp.     250.000
6
Pembayaran kesihatan 1 tahun
Rp.     290.000
7
Pembayaran Pembangunan Kampus Darussalam University
Rp.     600.000
8
Yuran makan (setiap bulan)
Rp.     280.000
9
Yuran sekolah (setiap bulan)
Rp.     270.000
Jumlah
Rp. 4.450.000
Pembayaran setiap bulan:
1
Yuran makan (setiap bulan)
Rp.     280.000
2
Yuran sekolah (setiap bulan)
Rp.     270.000


Jumlah
Rp.     550.000
______________
NB:
  • Ketentuan biaya dapat berubah sewaktu-waktu.
  • Pendaftar yang belum lulus Ujian Masuk dapat mengambil kembali semua pembiayaan selain duit makan yang telah dipakai, sumbangan pembangunan, duit kepanitiaan Bulan Syawwal dan organisasi.
  • Informasi lebih lanjut dapat ditanyakan ke Kantor KMI melalui nomor telepon: 0352 488920 (putra) dan 0351 673261 (putri).
  • Telepon tambahan Panitia Penerimaan Capel dan KMI Putra: 085790296345, 085233632526, dan 081335666200


    http://www.gontor.ac.id/pendaftaran

Tuesday, 21 January 2014

Kekosongan adalah MAFSADAH (PEROSAK)

الحمد لله والشكر لله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Alhamdulillah, wassyukru lillah, wala hawla wala quwwata illa billahil a'liyyil azim,
Sekian lama berniat untuk menulis sesuatu di blog ini, akhirnya terpenuhi juga hari ini. Telah berlalu seminggu lebih hari-hari cuti semester ku ini. Setelah berehat selama lebih kurang seminggu ini, tiba-tiba tersedar kembali dengan banyaknya tanggungjawab dan perkara yang harus aku lakukan cuti ini. Cepat-cepat bermuhasabah dan menyusun satu-satu pekerjaan yang perlu dilakukan sebelum berakhirnya cuti semester ini. Ada pepatah arab yang berbunyi:
أعمالنا أكثر من أوقاتنا
"Perkerjaan kita sebenarnya lebih banyak dari waktu yang kita ada"




Jadi tidak benarlah jika seseorang itu mengatakan bahwa dia merasa bosan kerana dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. BUKAN dia tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, tetapi dia sendiri yang tidak mahu mencari pekerjaan. Waktunya banyak dihabiskan dengan game, menonton movie dan melayari internet sahaja. Tanggungjawabnya sebagai pelajar mungkin sedang " break" atau cuti, tetapi dia lupa bahwa tanggungjawab yang lebih berat sedang menanti iaitu tanggungjawab sebagai anak di dalam keluarga, tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain dan lain sebagainya. 




Seperti yang aku rasakan dulu di Gontor, ketika aku form 6 di sana. Setelah selesai peperiksaan pertengahan tahun, para asatidz banyak memberi nasihat dan mengatakan,

"Ujian pertengahan tahun sudah berlalu, tetapi ujian akhir tahun menanti kalian nanti. Persiapan untuk peperiksaan nanti perlulah dibuat dari sekarang. Itu lah ujian yang terbesar dan TERAKHIR untuk kalian di sini"
 

Apabila ujian akhir tahun berlalu, para asatidz yang sama memberikan motivasi lagi,
"Ujian akhir tahun sudah berlalu, tahniah kami ucapkan kepada kalian semua. Tapi ingat, sesungguhnya setelah ini kalian semua akan ditugaskan untuk membantu para asatidz untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan pondok. Maka itu adalah ujian yang TERAKHIR untuk kalian sebelum kalian semua bergelar ustadz di sini"

Akhirnya kita semua bersemangat membantu pondok dalam segala hal. Membersih persekitaran pondok, menjaga kedai-kedai, mengawal peperiksaan untuk adik-adik kelas dan lain-lain. 


Apabila tiba hari pertama kami semua mula bergelar asatidz di sana, para pembimbing memberikan kata-kata semangat lagi,

"Kalian semua sudah berjaya menempuh ujian sebagai seorang santri di Gontor, maka sekarang kalian akan diuji sekali lagi untuk berkhidmat di sini. Maka inilah ujian TERAKHIR bagi kalian sebelum kalian pulang ke tanah air kalian masing-masing untuk berkhidmat di masyarakat"


Begitulah cerita aku dulu di Gontor. Para musyrif selalu memberi kami motivasi agar kami sentiasa bersemangat menjalani satu demi satu ujian yang mendatang. Setiap kali ujian yang mendatang, mereka mengatakan itu adalah ujian yang terakhir bagi kami. Padahal hakikatnya yang namanya ujian tidak ada noktah nya. 

اعمل لدنياك كأنك تعيش عبدا ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

"Berbuatlah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya, dan berbuatlah untuk akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok hari"

Hidup ini adalah ujian bagi kita semua. الدنيا دار الامتحانات. Apakah kita berjaya atau pun gagal dengan ujian yang diberi. Tiada istilah rehat dalam hidup ini sebenarnya kerana rehat yang sebenar-benarnya bagi kita adalah ketika kita di Syurga nanti. Maka berbuatlah sebanyak-banyaknya selagi mana kita masih hidup. 


Ceritanya aku terfikir untuk membuat tulisan ini bermula ketika aku sedang sibuk-sibuknya membuat persediaan untuk menghadapi Final Exam  untuk semester pertama ini, ada seorang sahabatku berbual-bual denganku tentang berapa credit hour kah akan diambil ketika semester akan datang. Pada pendapat dia, lebih baik ambil sedikit CH(Credit Hour) kerana sedikit CH pun sangat susah untuk kuasai dan membagi waktu. Padahal aku yakin bahwa jika dia mengambil sedikit CH, pasti banyak waktu kosong yang dia ada. Kalau pendapat aku, aku lebih suka untuk mengambil banyak CH. Kenapa? Maka aku katakan padanya walaupun dia tidak bertanya,




"Tahu tak kenapa ambik banyak subject tu best?
Bila ambik banyak subjek --> banyak belajar --> makin tension --> tambah dewasa --> makin sibuk --> takda waktu kosong --> kurang maksiat --> hidup tenang. "


Yupss.... itu lah jawapannya. Tengiang-ngiang di fikirannya setelah aku utarakan kata-kata itu. Itu lah jawapan yang dapat aku berikan yang mana datangnya dari hatiku yang paling dalam. Ketika aku sedang sibuk sangat sangat (ada ta'kid) dalam belajar, maka pastinya aku akan tension. Tension adalah suatu yang biasa bagi seorang mahasiswa di perguruan tinggi. Barangsiapa yang tidak tension, maka pasti dia tidak serius dalam belajar. Dalam waktu yang sama, ia akan menyebabkan kita tidak ada waktu kosong yang mana waktu kosong itu sangat lah BERBAHAYA bagi seorang mahasiswa. Percayalah kata-kataku ini. Waktu kosong itu boleh diistilahkan Mafsadah iaitu Perosak bagi seseorang. Kerana apa? kerana dalam waktu kosong inilah seseorang itu akan dibisikkan oleh Syaitan untuk membuat apa-apa maksiat yang boleh dibuat ketika itu. Itulah Syaitan dan itulah tugas atau janji Syaitan terhadap cucu-cicit Adam a.s. Apa perlu kita buat? Tugas kita adalah mengisi waktu kita sebaik-baiknya sehingga tidak ada waktu kosong yang tinggal atau tersisa. Salah satu usaha atau caranya adalah dengan mengambil CH sebanyak-banyaknya lah... hehe ;). Ada yang kata awal-awal ini kita tak perlu ambil banyak-banyak, takutnya nanti kita tak terbiasa lagi. Hakikatnya tidak, bahkan kita perlu bersusah-susah dahulu sebelum memetik buahnya di akhir nanti.

إن الشباب والفراغ والجدة مفسدة للمرء أي مفسدة

Innasyababa wal faroqo wal jidata mafsadatun lilmar'i ayya mafsadah
"Sesungguhnya pemuda, waktu kosong dan harta itu adalah PEROSAK bagi seseorang, di dalam apa-apa kerosakan pun"




Apabila hidup kita jauh dari maksiat, dekat dengan Sang Pencipta, Allah s.w.t., walhasil hidup kita akan sentiasa tenang dan sedia untuk mati bilamana Allah takdirkan nyawa kita diambil. Wallahu A'lam.

أوصيكم وإياي نفسي بتقوي الله

oleh:
#Hambamu yang penuh dengan dosa ini
#Mengharapkan pengampunan dari-Mu

12.30 A.M., Wednesday, 22/01/14



Friday, 13 December 2013

Muhasabah Diri Bersama

Ketika fikiran mula bercelaru,
Tujuan hidup tak menentu,
Satu yang ku tuju,
Memohon kepada Yang Satu.

Masalah datang menggunung,
Tanggungjawab tak tertanggung,
Kamu tertanya-tanya mengapa?
Muhasabahlah diri kita bersama.

Apakah makna Muhasabah sehingga blog ini sendiri diberi nama "Muhasabah diri bersama"?
Apakah manfaat dari Muhasabah ini sendiri?
Apakah perlu kita muhasabah diri?

Muhasabah dalam agama kita mengandungi maksud yang begitu dalam jika kita mengetahui hakikat muhasabah itu sendiri. Muhasabah selalu dikaitkan dengan menilai atau membetulkan diri atas apa yang telah kita lakukan dan apa yang perlu kita baiki demi masa depan yang lebih baik. Terutama dalam kehidupan dunia dan juga kehidupan akhirat yang kekal  abadi.

Allah berfirman di dalam surah Al-Hasyr (59) ayat ke 18 yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. berkata : "Hitungilah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanlah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini"

Ibnu Qaiyim pula berkata : "Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian".

Ada beberapa manfaat dan keutamaan muhasabah :

  1. Dengan bermuhasabah diri, maka diri setiap muslim akan dapat mengetahui akan aib serta kekurangan dirinya sendiri. Baik itu adalah hal amalan ibadah ataupun kegiatan yang memberikan manfaat untuk banyak manusia. Sehingga yang demikian akan dapat memperbaiki diri apa-apa yang dirasa kurang pada dirinya.
  2. Dalam hal ibadah, kita akan semakin tahu akan hak kewajiban kita sebagai seorang hambaNya dan terus memperbaiki diri dan mengetahui hakikat ibadah bahwasanya manfaat hikmah ibadah adalah demi kepentingan diri kita sendiri. Bukan demi kepentingan Allah s.w.t. Kerana kita adalah manusia yang lemah dan penuh dosa yang memerlukan pengampunan dari Sang Pencipta.
  3. Mengetahui akan segala sesuatu baik itu kecil maupun besar atas apa yang kita lakukan di dunia ini, akan diminta pertanggunjawapan di akhirat kelak.
  4. Membenci hawa nafsu dan berjaga-jaga. Juga sentiasa melaksanakan amal ibadah serta ketaatan dan menjauhi segala maksiat, agar menjadi ringan ketika dihisab kelak.
  5. Mengetahui hakikat hidup yang sebenar-benarnya dan berusaha untuk menuju ke arahnya.
  6. Muhasabah diri membawa kita untuk memperbaharui niat "Tajdidunniyyah".
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri  atas apa yang telah kita lakukan selama ini. Apakah kita di dunia ini sudah cukup untuk memberi manfaat kepada orang lain atau hanya membuat kerosakan sahaja. Apakah dunia ini menjadi ladang untuk memperbanyak amalan-amalan yang baik atau hanya menjadi ladang membuat maksiat. Allahu Akbar. Uusiikum wa iyya ya nafsi bi taqwallah. Aku bukanlah orang yang sempurna, aku hanyalah hamba Mu yang hina dan penuh dengan dosa. Ampunilah dosaku Ya Allah atas segala kesalahan yang ku lakukan terhadap Kau maupun manusia. Kesalahan yang ku lakukan secara sengaja ataupun yang tidak sengaja. Janganlah kau halang dari terkabulnya doa-doaku hanya kerana dosa-dosa yang aku telah lakukan. Aku memohon pada mu Ya Allah. Jika aku tersalah langkah maka perbetulkan lah langkah ku. Jadikanlah apa-apa yang benar itu benar di pandanganku dan jadikanlah apa-apa yang batil itu salah di pandanganku. Kalaulah bukan Engkau yang mengampuniku, maka siapa lagi yang dapat memberikan aku belas kasihan. 



Allahu Rabbi

UIA, 12.16 A.M., Saturday, 14 of December 2013


Saturday, 30 November 2013

Bersabarlah wahai teman-temanku


إِنْ صَبَرْتُمْ عَلَى الأَشَقِّ قَلِيلًا

اِسْتَمْتَعْتُمْ بِالأَرْفَهِ الأَلَذِّ طَوِيْلًا

In shobartu alal asyakki kolilan, 
Istamta' tum bil arfahil alazzi towilan.

If you be patient with some difficulties for a while,
You will enjoy some enjoyments for long term.

Jika  kalian bersabar dengan sedikit kesusahan sekejap sahaja,
Kalian akan meresakan kesenangan dalam jangka waktu yang panjang.

So, bersabarlah wahai teman-temanku dalam bermujahadah di jalan Allah s.w.t.
Kerana keberjayaan menanti kalian di depan sana.


أوصيكم وإياي نفسي
2.20 A.M., Sunday, 1st of December 2013

Regret always comes at the end....

Namanya penyesalan itu pasti datang di akhir. Apakah kita masih boleh bersenang-senang dan hanya menunggu datangnya penyesalan di akhir nanti?

"مَنْ عَرَفَ بُعْدَ السَّفَرِ، اِسْتَعَدَّ"



"Who knows how long is his journey, he will prepare for it"

2.58 A.M., Sunday, 1 st of December 2013


Friday, 29 November 2013

"Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang..."

Sayu hati mendengar bacaan imam sholat magrib semalam di Masjid UIAM yang membacakan surah Al-Munafiqun. Bertambah sayu lagi apabila sampai di penghujung surah ini yang mana menceritakan tentang arahan Allah s.w.t. untuk bersedekah sebahagian dari rezeki yang telah diberikanNya. Maka ketika itu, ada dari sebahagian orang yang tidak mengikuti perintah Allah berkata:

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ
"Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"

Maka Allah s.w.t. menjawab:

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang( atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."


Allahu Akbar!!

Sebenarnya yang ingin disampaikan penulis di sini bukanlah hanya berkenaan suruhan Allah s.w.t. untuk bersedekah, tetapi adalah berkenaan keadaan ketika mana mereka menyesal sekali dengan perbuatan yang mereka lakukan dan merayu kepada Allah supaya dikembalikan ke dunia sekejap saja hanya untuk beribadah seketika.

Pernahkah kita merasa sangat menyesal sekali dengan kesalahan kita kepada orang tua kita, guru-guru atau yang lainya?

Pernahkah kita merasa diri ini sangat lah berdosa dengan perbuatan kita yang tidak bertepatan dengan tuntutan syara'?

Kita berbohong. Kita berdusta atas nama Allah. Kita khianat. Kita dzalim. Kita mencuri. Kita buat maksiat padahal kita sudah tahu ianya salah.

Kalau kita berbuat salah kepada manusia. Kita akan berjumpa dengannya. Kita memohon padanya agar memaafkan kesalahan kita. Kita menangis dan janji tidak akan mengulanginya lagi.

Tapi kalau kita berbuat salah kepada Allah. Kita merasa sangat kesal dan menyesal dengan perbuatan kita itu sambil menangis dan memohon padaNya agar diampunkan dosa-dosa kita . Pada satu pertiga malam yang hening dengan harapan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Dan ingatlah bahwasanya Allah Maha Pengampuan dan Maha Menerima Taubat hamba-hambanya.

Alangkah bertuahnya kita yang masih dapat menghirup nafas pada saat ini. Allah berikan kita peluang untuk bertaubat dan beribadah kepadaNya.
Tetapi alangkah BURUKNYA nasib kita, kalau nyawa kita sudah ditarik oleh Malaikat Maut, barulah kita mahu memohon ampun dari Sang Pencipta. Ingatlah ssesungguhnya Allah sudah memberikan jawapan awal-awal lagi.

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Dan (ingatlah), Allah TIDAK sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."

Allahu Akbar, wa Na'uzubillahi min zalik



Semoga kita tidak termasuk dari kalangan manusia yang menyesal di kemudian hari. Bertaubatlah sebelum terlambat.

أصيكم وإياي نفيسي

10.52 PM, Friday, 29 November 2013


Friday, 22 November 2013

16 Alasan Mengapa Kita Perlu Menghafal Al-Quran


Boleh membaca al-Qur'an itu keutamaan. Dan boleh menghafal al-Qur'an adalah lebih utama. Boleh memahami al-Qur'an itu adalah kewajiban. Dan faham ditambah hafal itu jauh lebih afdhal. Mengamalkan nilai-nilai al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari itu adalah tuntutan. Namun, mengamalkan kerana termotivasi kerana hafalan adalah lebih aman setiap saat.
Setidaknya itu yang perlu kita renungkan sama-sama sebagai seorang muslim sejati. Ya, menghafal al-Qur'an merupakan suatu keniscayaan dalam kehidupan setiap muslim. Ia tidak akan boleh menerapkan Islam secara baik tanpa interaksi yang kuat dengan al-Qur'an sebagaimana para generasi sahabat dan salaf shaleh dahulu lakukan.

 

Untuk memotivasi kita agar boleh dekat al-Qur'an dan berjuang menghafalkan aya-ayatnya, maka setidaknya ada 16 alasan kenapa kita perlu menghafal al-Qur'an:

1. Menghafal adalah landasan awal ketika Rasulullah menerima al-Qur'an dari malaikat Jibril alaihissalam.

Allah berfirman dalam al-Qur'an:

بل هو آيات بينات فى صدور الذين أوتوا العلم

Artinya: "Bahkan al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang menjelaskan (terdapat) di dalam dada-dada orang-orang yang diberikan ilmu.."(QS al-Al-Ankabut: 49).

Sungguh, betapa indahnya ayat ini yang menjelaskan tentang agungnya aktifitas dada orang-orang yang menghafal ayat-ayat Allah swt. Allah mensifatkan bahwa mereka adalah orang-orang yang diberikan ilmu. Lalu, apakah ada yang disebut ilmu selain yang termuat dalam al-Qur'an al-Karim?!

Ayat di atas menjelaskan bahwa Dia akan memilih dari sekian hamba-hamba-Nya di muka bumi untuk kemudian dada akan dijadikan sebagai wadah bagi firman-firman-Nya. Sungguh ini merupakan keutamaan yang besar.

Malah ketika kita mau memperhatikan kekhususan yang diberikan kepada umat ini, - di mana dada para ulamanya penuh dengan al-Qur'an- kita semua pasti akan mengetahui berharganya menjadi para penghafal kitab-Nya.


My Lecturers Are So Awesomes

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada kesempatan yang kali ini. Alhamdulillah Allah bukakan hatiku untuk menulis sesuatu di sini untuk diambil manfaatnya jika ianya baik dan ditinggalkan jika ianya buruk. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan segala yang buruk ianya dari diri aku sendiri yang penuh dengan kesilapan dan dari syaitan yang dilaknat.
Tak terasa hidup dalam linkungan universiti yang penuh dengan kesibukan, kegiatan, kelas, belajar, berpanitia, masalah, kekurangan waktu, tension, stress, assignment yang menggunung, exam yang tak ada rehatnya, kawan-kawan yang menyenangkan, kawan-kawan yang menjengkelkan, sedih, bahagia dan banyak lagi yang tak dapat disebut satu per satu. Sudah hampir 3 bulan berlalu sejak aku pertama kali masuk ke Universiti Islam Antarabangsa. Rasa cinta terhadap universiti seakan-akan sudah mula tumbuh sedikit demi sedikit dlm hatiku. Mana taknya, aku beruntung kerana dapat belajar dengan seluruh lecturer yang sangat-sangat Awesome. Mereka adalah Dr. Ala'a Hosni Mozain yang mengajarkan subject Arabic for Islamic studies(AFIS), Dr. Luqman Zakaria yang mengajarkan subject Fiqh, Ustazah Nor Zatul Amni yang mengajarkan subject Ulumul Qur'an, Dr. Nadwah bt Daud yang mengajarkan subject Qur'anic and Prophetic Text(QPT), Dr. Alizi Alias yang mengajarkan subject Psychology dan Dr. AbdulAziz Berghout yang mengajarkan subject Creative Thinking and Problem Solving. Dalam kesempatan ini aku ingin kongsikan bersama bagaimana scara lecturer aku mengajar.