Pada kesempatan yang kali ini. Alhamdulillah Allah bukakan hatiku untuk menulis sesuatu di sini untuk diambil manfaatnya jika ianya baik dan ditinggalkan jika ianya buruk. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan segala yang buruk ianya dari diri aku sendiri yang penuh dengan kesilapan dan dari syaitan yang dilaknat.
Tak terasa hidup dalam linkungan universiti yang penuh dengan kesibukan, kegiatan, kelas, belajar, berpanitia, masalah, kekurangan waktu, tension, stress, assignment yang menggunung, exam yang tak ada rehatnya, kawan-kawan yang menyenangkan, kawan-kawan yang menjengkelkan, sedih, bahagia dan banyak lagi yang tak dapat disebut satu per satu. Sudah hampir 3 bulan berlalu sejak aku pertama kali masuk ke Universiti Islam Antarabangsa. Rasa cinta terhadap universiti seakan-akan sudah mula tumbuh sedikit demi sedikit dlm hatiku. Mana taknya, aku beruntung kerana dapat belajar dengan seluruh lecturer yang sangat-sangat Awesome. Mereka adalah Dr. Ala'a Hosni Mozain yang mengajarkan subject Arabic for Islamic studies(AFIS), Dr. Luqman Zakaria yang mengajarkan subject Fiqh, Ustazah Nor Zatul Amni yang mengajarkan subject Ulumul Qur'an, Dr. Nadwah bt Daud yang mengajarkan subject Qur'anic and Prophetic Text(QPT), Dr. Alizi Alias yang mengajarkan subject Psychology dan Dr. AbdulAziz Berghout yang mengajarkan subject Creative Thinking and Problem Solving. Dalam kesempatan ini aku ingin kongsikan bersama bagaimana scara lecturer aku mengajar.
1. Dr. Ala'a Hosni Mozain : Aku sangat suka bagaimana cara beliau mengajar dengan penuh menjiwainya. Beliau tidak pernah melihat buku rujukan atau apa-apa catatan ketika mengajar dan melarang kami untuk membuka buku. Jika ada yang tidak memerhatikan penerangan beliau dan melihat buku, maka beliau akan berkata "Akfilil kitab ya ahii. Al amsilah ma bayyantu ta ta'ti min kitab, wa lakin min indi nafsi. Anal Arabiy. Fastami'u ila syarhii!!" yang bermaksud tutup buku wahai saudaraku. Contoh-contoh yang saya berikan tidak ada di dalam buku, tapi ia dari saya sendiri. Saya orang Arab. Maka dengarlah penerangan saya. Di samping beliau pandai juga untuk mengawal keadaan kelas sampai tidak ada yang mengantuk ketika beliau mengajar.
2. Dr. Luqman Zakaria : Penguasaan beliau terhadap ilmu Fiqh sangatlah hebat. Merupakan lulusan dari Universiti Islam Madinah yang juga merupakan universiti impianku. Berasal dari Nigeria dan meneruskan pengajian beliau setelah itu ke negera belah barat sehingga bahasa inggris beliau tidak kurang hebatnya.
3. Ustazah Nor Zatul Amni: Beliau merupakan student PhD yang menjadi part-time lecturer di UIA. Ilmu beliau tidak kalah hebat cuma aku saja yang tidak terbiasa dengan cara beliau mengajar. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana mendapat lecturer yang seperti beliau.
4. Dr. Nadwah bt Daud: Setakat yang aku tahu, beliau merupakan lulusan UIA dari degree sampailah ke PhD. Ketika degree beliau mengambil jurusan Bahasa Arab. Beliau selalu menasihat kita supaya belajar betul-betul dan fahami pelajaran satu per satu. Jangan hanya mengandalkan hafalan sahaja. Di samping itu, beliau juga memerhati dan kenal betul satu per satu student dan berusaha untuk membantu kami. Beliau juga sangat teliti dalam memberi mark ketika ujian, satu point yang kurang pun pasti dapat dikesan oleh beliau. Walaupunb begitu, aku sangat suka dengan karekter dan cara beliau mengajar.
5. Dr. Alizi Alias: Beliau sebenarnya merupakan lecturer mentor aku. Beliau pertamanya mendapat degree dari UIA dalam bidang agama selama lebih kurang 3 tahun. Setelah itu beliau hanya menambah setahun untuk mendapatkan degree satu lagi dalam bidang Psychology. Sebab itulah aku ambil subject Introduction to Psychology dlm first sem ni.
6. Dr. AbdulAziz Berghout: Walaupun kelas beliau pada petang hari mendekati magrib. Kalau diikutkan penat, memang sangat penat kelas pada petang hari. Tapi kalau dalam kelas beliau, rasa penat hilang dengan cara beliau mengajar yang sangat hebat. Menggunakan bahasa inggris yang simple sehingga subject mudah difahami. Tak ada rasa mengantuk pun kerana ada saja lawak yang beliau buat.
Demikianlah secara ringkas aku dapat ceritakan tentang pembelajaranku di universiti ini. Sekarang pula aku ingin kongsikan beberapa kegiatan luar kelas yang aku ikuti. Salah satunya adalah Klub Tahfiz Al-Qur'an di Masjid UIA ini. Menghafal Al-Quran merupakan cita-cita aku sejak dari sekolah rendah lagi dan aku wajib menghafal Al- Quran seluruhnya walaupun tak tahu bilakan akan tercapai.
Pertama sekali ketika baru masuk UIA ni, aku terus cuba memohon untuk masuk ke klub tahfiz quran di bawah kegiatan kokorikulum UIA. Tapi akhirnya aku tak diterima. Sebanyak lebih dari 100 orang yang mendaftarkan diri tapi hanya beberapa orang sahaja yang diterima di sana. Setelah itu aku tidak berputus asa untuk cari mana-mana klub tahfiz al-Quran di UIA. Sampailah aku masuk klub tahfiz al-quran yang ada di masjid uia ini. Dulu klub ini bernama "Madmoun" tapi telah ditukar sekarang menjadi " Tajul Waqor". Hari rabu lepas aku diberi oleh syeikh sebuah Al-Qur'an baru untuk dipakai ketika hafal, maka tiba-tiba semangat aku membara-bara untuk terus menghabiskan hafalan.
Al-Qur'an yang dihadiahkan kepadaku
Nama klub tahfiz yang baru
Seperti yang pernah aku baca sebelum ini, kadang-kadang ada pelajar tahfiz yang belum habis menghafal seluruh Al-Qur'an tapi sudah berhenti sekerat jalan. Boleh jadi dia diganggu atau dipengaruhi oleh Jin dan Syaitan yang dilaknat. Mana ada Jin dan Syaitan yang suka kalau ada yang dapat menghafal Al-Qur'an. Maka aku nasihatkan kepada diri sendiri dan kawan-kawan tahfiz yang lain untuk terus menghafal sehingga selesai dan dapat menjaganya dengan baik. Wallahu A'lam. Usikum Wa Iyya ya bi taqwa Allah
2.03 PM, Saturday, 23 of November 2013
No comments:
Post a Comment