Alhamdulillah. pada pukul 10:53 p.m, hari ahad 26 Mei 2013 ini, dengan izin Allah s.w.t. aku berjaya untuk menulis sesuatu di blog yang dah berhabuk ini. Setelah sekian lama tak update apa-apa berita mahupun sharing disebabkan banyak halangan dan rintangan yang melanda. Di samping kesibukan yang berpanjangan walaupun hanya duduk di rumah. Rasa berdosa juga dalam diri kerana tidak menghasilkan apa-apa tulisan, kerana seseorang itu hidup kalau dia menulis.
Jujur aku katakan, masalah-masalah yang datang menimpaku sejak dari belajar di negeri seberang sampailah sekarang berada di rumah. Masalah-masalah yang datang ketikaku duduk dirumah tidak kalah banyak berbanding di Gontor dulu. Kalau masalah-masalah di Gontor lebih kepada masalah student-student yang susah untuk diatur dan dididik, masalah kekurangan waktu belajar dengan subject yang berpuluh-puluh, masalah-masalah dengan pengurus-pengurus asrama yang sangat prihatin dengan anak-anak didiknya. Tapi masalah yang aku timpa di rumah lebih kepada masalah hati yang mana kalau tersakiti, sangat membekas di hati, masalah dalam membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan di rumah dan banyak lagi yang tak perlu diungkapkan.
Sunday, 26 May 2013
Saturday, 25 May 2013
Tafsir Al-Fatihah by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tafsir Al fatihah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM)
SURAH ini dinamakan dengan
berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab’ai al-Masthani dan
lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi
menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara
tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.
Ada pendapat yang menganggap surah
ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn
Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi
Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.
Subscribe to:
Posts (Atom)