Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kpd Allah. Jangan kita
melihat orang yang berdosa atau orang yang melakukan kemaksiatan dengan
pandangan penghinaan. Itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya bagi diri
kita. Pandangan sebegini adalah yang dilarang kerana ia akan memberi kesan pada
hati dan akan menzalimi hati disebabkan oleh pandangan sedemikian. Menyebabkan hati
kita menjadi gelap disebabkan perbuatan kita ini
Ada suatu kisah tentang dua orang kaum bani israil. Salah seorang dari
mereka adalah seorang pemuda dari bani israil iaitu seorang abid yang selama
500 tahun hanya beribadah sahaja kepada Allah dan seorang fasik dari bani
israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah. Seorang ini datang dari
satu arah dan seorang yang lain pula datang dari arah yang lain.