INFO PENDAFTARAN PONDOK MODERN DARUSSALAM
GONTOR
BAGI PELAJAR MALAYSIA
Untuk memudahkan bagi warga Malaysia yang berniat untuk memasukkan
anaknya ke Pondok Modern Darussalam Gontor, di sini saya kongsikan sedikit
maklumat yang berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum bertolak
ke Gontor, ketika bertolak, sehinggalah ketika di sana nanti untuk proses
pendaftaran.
|
Calon Pelajar Luar Negri di Gontor 2 pada tahun 2012 |
Langkah Pertama : Sebelum bertolak ke Gontor
Ketika ibubapa sudah yakin dan berazam untuk memasukkan anaknya ke Gontor
dan anaknya juga setuju dengan keputusan itu, maka demikianlah langkah-langkah
yang perlu diambil:
- Membuat passport di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri.
- Mendapatkan surat sponsorship dari Sekretariat Pondok Gontor. Ianya
boleh didapatkan daripada Al-Ustadz Masruh Ahmad dengan memberikan maklumat
peribadi dan passport pelajar dan pembayaran sebanyak RM100.
- Membawa surat sponsorship, passport, IC, sijil kelahiran
dan apa-apa yang berkaitan ke Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala
Lumpur untuk mendapatkan Visa Kunjungan
Sosial Budaya dan boleh mendapatkannya di hari yang sama bergantung kepada
keadaan.
- Pembelian tiket kapal terbang untuk pergi ke Indonesia boleh dibuat jauh-jauh hari. Semakin cepat, semakin baiklah ia kerana tiket kapal terbang boleh dibeli dengan harga yang murah. Tetapi sebelum beli dinasihatkan untuk berbincang dengan ibubapa yang lain yang ingin menghantarkan anaknya juga ke Gontor. Sehingga tidaklah bersendirian ketika dalam perjalanan ke Gontor nanti.
- Ibubapa dinasihatkan untuk membuka akaun Bank Muamalat Indonesia di
Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur atas nama ibu atau
bapa. Buku akaun tersebut akan dipegang oleh ibubapa, manakala pelajar hanya
akan membawa kad ATM sahaja ke Gontor.
- Mempersiapkan calon pelajar dengan pelajaran-pelajaran yang akan diuji
ketika Ujian Masuk Gontor nanti, ujian lisan mahupun ujian tulis. Bagi yang
lulus akan dimasukkan ke Gontor 1 ataupun ke pondok cabangnya, manakala yang
gagal tidak akan ditampung oleh Gontor pada tahun itu. Calon boleh mencuba
untuk tahun yang berikutnya.
- Mempersiapkan seluruh dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran
di Gontor dan salinan-salinan perlu disahkan oleh pihak yang berwenang.
Langkah Kedua : Menjelang pemberangkatan ke Gontor
Langkah-langkah ini boleh mula diambil pada bulan Ramadhan ataupun
sebelumnya:
- Membeli barang-barang keperluan dari segi berpakaian, peralatan, alat
tulis dan lain-lain. Demikian sebahagian barang yang dicadangkan: (untuk Putra):
a. Baju kemeja kosong lengan pendek ataupun lengan panjang sebanyak 3 helai
(yang tidak bergaris-garis atau berkotak-kotak). Tidak boleh warna yang mencolok
mata seperti warna hitam, merah, kuning terang dan lain sebagainya. Pilihan
warna yang cerah lebih diutamakan seperti warna biru, coklat dan lain
sebagainya.
b. Baju kemeja putih berlengan panjang satu pasang.
c. Baju melayu 2 helai.
d. T-shirt kosong yang tidak berkolar dan tidak bergambar besar sebanyak 4 helai (logo kecil seperti lambang "polo" diperbolehkan). Tatacara pemilihan warna untuk t-shirt sama seperti kemeja.
e. Seluar slack sebanyak 4 pasang bewarna gelap seperti hitam, biru dan
lain sebagainya. Tidak boleh yang bergetah di bahagian pinggang.
f. Seluar jeans tidak dibenarnya sama sekali.
g. Tracksuit yang bewarna gelap sebanyak 2 pasang. Wajib yang bergetah di
bahagian kakinya.
h. Tali pinggang kulit bewarna hitam yang sederhana. Warna selain hitam
tidak dibenarkan.
i.
Kasut kulit hitam 1 pasang.
j.
Kasut sukan 1 pasang untuk kegiatan
jogging.
k. Peralatan alat tulis. Boleh lebihkan sedikit pen hitam untuk dibawa.
l.
Songkok hitam. Di Gontor tidak memakai
kopiah.
m. Kain pelekat sebanyak 2 helai.
n. Peralatan mandi seperti sabun, ubat gigi, berus gigi, baldi, gayung dan
lain-lain boleh dibeli di sana.
o. Kunci mangga berukuran sederhana sebanyak 1 buah (tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar).
p. Buku pelajaran tidak perlu dibawa kecuali untuk matapelajaran yang akan diujikan ketika ujian masuk nanti.
q. Jaket yang tidak bergambar besar di bahagian depan dan belakang jaket. Tidak pula yang menggambarkan mana-mana parti potitik dan lain sebagainya. Juga jaket yang tidak ada penutup kepala.
r. Selebihnya boleh dibeli di sana.
Barang-barang
yang perlu dibawa( untuk putri ):
1.
Baju kurung/jubah/blouse panjang paras paha sebanyak 3 helai.(baju
harian)
2.
T-shirt muslimah lengan panjang dan panjang sampai paras paha
serta tidak bergambar(kartun dll)
sebanyak 3 helai.
3.
Seluar tracksuit(sukan) berwarna gelap dan bergetah pada bahagian
kaki.
4.
Pakaian dalam seperti : singlet warna putih & kain dalam sebanyak 3 helai.
5.
Kasut kulit warna hitam bertumit (2/3inci) sepasang.
6.
Kasut sukan sepasang.
7.
Seliper.
8.
Stokin warna putih panjang sampai betis (u/ sekolah), Warna hitam
panjang sampai betis (u/ pramuka).
9.
Scarft (anak tudung).tudung boleh beli disana.
10.
Telekung.
11.
Sejadah.
12.
Peralatan tulis.
13.
Peralatan mandi.(gayung & baldi boleh beli disana).
14.
Selimut,sarung bantal & alas tilam.
15.
Kunci almari ukuran sederhana (1/2 buah).
16.
Al-Quran ukuran sederhana(tidak besar dan tidak kecil).
17.
Pin peniti/jarum.
Dilarang membawa:
1.
Barang kemas.(cincin,gelang,rantai dll except subang).
2.
Jam tangan berukuran besar.
3.
Alat elektronik.
4.
Pakaian diperbuat dari jeans (seluar/skirt dll) dan yang bergambar.
NOTE:
-
Pakaian boleh dibawa lebih dari 3 helai tetapi tidak melebihi dari 5/6 helai
serta tidak nipis & ketat .
-Seragam(uniform)
beli disana.
2. Semua barang-barang kepunyaan peribadi perlu diberi tanda dengan marker
permanent sehingga tidak hilang dan tidak tertukar.
3. Membawa marker permanent bewarna hitam dan putih (atau yang lainnya).
4. Merapikan lagi dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di sana nanti
di dalam satu fail dan sediakan juga salinan yang banyak tiap-tiap dokumen.
Dokumen asli seperti IC, Sijil kelahiran boleh dibawa balik kembali oleh
ibubapa setelah proses pendaftaran kelak kerana ia tidak diperlukan dan
ditakutkan akan hilang nantinya.
5. Memantapkan lagi persiapan untuk menghadapi ujian masuk ke Gontor.
6. Memastikan lagi tempat penginapan untuk ibubapa disana kerana Wisma
Darussalam, hotel penginapan terletak berhampiran Gontor akan diyakini penuh.
Manakala tempat tinggal untuk para pelajar tidak perlu risau kerana ianya akan
disediakan terus setelah proses pendaftaran.
Langkah Ketiga : Pemberangkatan ke Gontor
1. Tiba di airport awal.
2. Airport yang dekat dengan Gontor:
a. Airport Adi Sumarmo, Solo
b. Airport Adi Sucipto, Yogyakarta
c. Airport Juanda, Surabaya
3. Ketika tiba di Indonesia, boleh menaiki teksi terus ke Gontor ataupun
kalau ada kenalan boleh minta untuk dijemput di sana.
Langkah Keempat : Pendaftaran di Gontor
Ketika tiba di Gontor, para pelajar akan diturunkan terus di tempat
pendaftaran. Setelah selesai urusan pendaftaran, para pelajar akan diberikan
bilik masing-masing dan tinggal bersama calon-calon pelajar lain. Setelah
selesai urusan pendaftaran dan lain sebagainya, calon-calon pelajar kembali
focus untuk menghadapi ujian lisan pada waktu yang telah ditetapkan ketika
pendaftaran iaitu sebelum 11 Syawwal. Manakala ujian tulis akan diadakan
serentak pada 11 Syawwal pagi di tempat yang akan ditentukan nanti. Keputusan
ujian akan diketahui sekitar 4 hari selepas ujian.
Ada Ibubapa yang tunggu sehingga keluarnya keputusan ujian dan ada juga yang tinggalkan terus anaknya tanpa menunggu keputusan. Jika ada yang tinggalkan terus anaknya di Gontor, boleh meminta bantuan kepada ustadz-ustadz pembimbing, ataupun kepada para pelajar yang ibubapa kenali nanti di sana. In sha Allah banyak ustadz dan pelajar malaysia yang berada di sana yang bersedia untuk membantu calon-calon pelajar nanti.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Di sini saya saya ringkaskan lagi dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke
Gontor untuk proses pendaftaran:
- 5 salinan sijil atau surat berhenti sekolah atau kedua-duanya sekali
(perlu pengesahan)
- 5 salinan sijil kelahiran (perlu pengesahan)
- 5 salinan kad pengenalan pelajar.
- 5 salinan kad pengenalan ibu bapa/ yang mewakilinya
- 2 salinan kartu keluarga (surat nikah ibubapa) untuk pelajar putri
- 12 keping gambar berukuran passport (latar belakang biru)
- 8 keping gambar berukuran 4x6 (latar belakang biru)
- 4 keping gambar berukuran 3x4 (latar belakang biru)
- 5 salinan sijil UPSR, PMR dan SPM (bagi yang memilikinya)(hanya saranan
saya)
NB:
- Semua salinan perlu disahkah oleh pihak
yang berwenang.
- Semua gambar perlu dicetak dengan latar
belakang bewarna biru. Bagi yang putri wajib gambar dengan pelajar yang bertudung putih.
- Jumlah salinan di atas adalah saranan saya
sahaja. Boleh bawa dengan jumlah yang diperlukan sahaja ataupun bawa lebih dari
yang disarankan.
JUMLAH DUIT YANG DIPERLUKAN
No
|
Keterangan
|
Jumlah
|
Rupiah
|
Ringgit
|
1
|
Pembayaran surat sponsorship dari Gontor
-Ust Masruh
|
|
RM 100
|
2
|
Pembayaran Visa Kunjungan Sosial Budaya
-Kedutaan Indonesia
|
|
RM 170
|
3
|
Pembayaran urusan perpanjangan visa VKSB
4 kali dan ITAS 1 kali untuk tahun pertama- Pembimbing Konsulat Luar Negri
|
Rp 3.000.000
|
RM 900 (anggaran)
|
4
|
Total yuran pendaftaran pelajar baru
|
Rp 4.450.000
|
RM 1300
|
5
|
Buku sekolah, almari, tilam, bantal,
keperluan asrama, belanja untuk 3 bulan pertama, peralatan pramuka dan
lain-lain.
|
|
RM 1000 (anggaran)
|
NB:
- Pertukaran wang ke Ringgit di atas adalah
anggaran dari saya sendiri.
- Ini tidak termasuk biaya pembelian tiket
kapal terbang, transport dari airport ke Gontor, penginapan ibubapa selama di
Indonesia dan lain-lain yang saya terlepas pandang.
- Yuran pendaftaran pelajar baru yang tertulis di atas
sudah termasuk yuran makan dan sekolah untuk bulan pertama iaitu bulan Syawwal.
Untuk bulan yang selanjutnya, ibubapa perlu membayar duit yuran makan dan
sekolah sahaja sebanyak Rp. 550.000 per bulan.
- Ketentuan biaya dapat berubah sewaktu-waktu.
- Pendaftar yang belum lulus Ujian Masuk dapat
mengambil kembali semua pembiayaan selain duit makan yang telah dipakai,
sumbangan pembangunan, duit kepanitiaan Bulan Syawwal dan organisasi.
- Yuran pengurusan visa untuk tahun kedua dan
selanjutnya adalah sebanyak Rp
1.000.000 sahaja. Untuk tahun pertama sahaja perlu membayar sebanyak 3
juta rupiah seperti yang telah tertulis di jadwal atas.
- Untuk
detail lengkap tentang yuran pendaftaran pelajar baru boleh disemak di
link ini. http://muhasabahdiribersama.blogspot.com/2014/06/info-pendaftaran-kmi-gontor.html
Pelaksanaan
Ujian Masuk KMI dan Materi Ujian
- Ujian Masuk KMI
meliputi ujian syafahi (ujian lisan) dan ujian tahriri
(ujian tulis). Materi ujian syafahi meliputi psyco-test,
membaca Al-Qur’an, Tajwid, dan praktik ibadah (ibadah qauliyah
dan ibadah ‘amaliyah). Sedangkan materi ujian tahriri mencakup
Imla’ (dikte tulisan Arab), Bahasa Indonesia, Berhitung Soal dan Angka
(Matematika dasar setara kelas 6 Sekolah Rendah).
- Tidak ada perbezaan antara
materi ujian yang diujikan kepada calon pelajar lulusan Sekolah Rendah
(sederajat) dengan calon pelajar yang berasal dari lulusan Sekolah
Menengah (sederajat).
No
|
Bentuk Ujian
|
Pelajaran yang diuji
|
1
|
Syafahi
(Lisan)/ Oral examination
(diadakan
mengikut giliran pada tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-10 Syawwal 1435
untuk capel putra; tanggal 23-27 Ramadhan 1435 dan 3-14 Syawwal 1435
untuk capel putri)
Giliran
untuk mengikuti ujian lisan akan ditentukan setelah proses pendaftaran tepat)
|
·
Psyco-test
·
Baca Al-Qur’an
·
Tajwid
·
Praktik ibadah (Qauliah dan Amaliyah)
|
2
|
Tahriri
(Tulis)/ Written examination
(diadakan
serentak pada 11 Syawwal pagi hari untuk capel putra dan 15 Syawwal pagi hari
untuk capel putri)
|
·
Berhitung angka
·
Berhitung soal
·
Bahasa Indonesia
·
Imlak (dikte tulisan Arab)
|
NB: Dalam
pelaksanaan Ujian Masuk KMI tidak diadakan ujian ulangan/susulan (waktu
pelaksanaan ujian bisa berubah sewaktu-waktu).
Contoh soalan:
A. Ujian Syafahi:
1. Ibadah Qowliyah
1. Berhitung Angka
2. Berhitung Soal
3. Bahasa Indonesia
NB:
- Berikut hanyalah sekadar contoh soalan yang akan diujikan. Tidak ada kemestian bahwa soalan akan keluar dalam bentuk yang sama atau tidak. Boleh dibuat sekadar rujukan calon-calon pelajar malaysia.
|
Pengalaman pertama memulakan perjalanan ke Gontor pada 12 November 2005 |
Alamat dan Contact Person:
1. Al-Ustadz Masruh bin Ahmad :
Alamat : No 9, Lot 1672, Jalan Qiraati Off, Jalan Nazir, 43000, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor.
No. Hp : 0105080137
2. Bank Muamalat Indonesia.
Alamat: G23, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
No Telp: 03-2711 0807
3. Embassy of The Republic of Indonesia
233, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Telp : 03-2142 1354
Fax : 03-2141 7908 / 03-2142 3878
4. Pondok Modern Darussalam Gontor I
Alamat Desa Gontor Mlarak, Ponorogo 63472, Jawa Timur, Indonesia.
Telp: 0352-311711, 311911.
5. Kantor KMI Gontor Putra 1
Telp : 0352 488920
6. Kantor KMI Gontor Putri 1
Telp : 0351 673261
Jika ada maklumat yang tidak lengkap
ataupun yang tersalah. Anda sangat dialu-alukan untuk memberitahu saya
di ruang komen. Sebelum itu saya minta maaf jika ada tersalah kata atau
terkasar bahasa. Syukron, Wassalam.
Muhammad Hariz bin Muhammad Nasir
Alumni Gontor 2011
Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
13 Jun 2014